Sangat Kejam & Menyedihkan! Aamir Khan Arah Wanita Ini Gugurkan Kandungannya

1 day ago 17

Pernah tak kamu mendengar kisah mengenai hubungan Aamir Khan dan seorang wartawan bernama Jessica Hines suatu ketika dahulu?

Kalau kamu nak tahu, Jessica ialah seorang wartawan British yang tinggal di India pada tahun 1990-an untuk menulis biografi tentang Amitabh Bachchan. Biografi ini dikenali sebagai ‘The Big B: Bollywood, Bachchan and Me’. Keakraban Jessica dan Amitabh telah membawanya ke dalam industri Bollywood.

Mempunyai wajah yang sangat jelita dan personaliti yang menarik, Jessica telah ‘diheret’ ke dalam produksi filem ‘Ghulam’. Filem itu menjadi permulaan kepada hubungannya dengan Aamir Khan.

Foto – Times of India

Daripada filem itu, kedua-duanya menjadi rapat sehingga timbulnya khabar angin bahawa mereka sebenarnya sedang menjalinkan hubungan.

Foto – Money Control

Menurut beberapa sumber terdekat, selepas beberapa bulan mereka menjalinkan hubungan, Jessica dilaporkan hamil. Berita kehamilan Jessica sepatutnya menjadi berita yang gembira tetapi Aamir memberikan respons yang sangat mengecewakan.

Berdasarkan sumber terdekat kedua-duanya, Aamir mengarahkan Jessica untuk gugurkan kandungannya kerana ketika itu dia baru sahaja bercerai dengan isteri pertamanya, Reena Dutta.

Foto – Bollywood Shaadis / Reddit

Kecewa dengan jawapan Aamir, Jessica dilaporkan telah memutuskan hubungannya dengan aktor itu dan meneruskan untuk menjaga anak mereka sendiri. Anak itu dilahirkan seorang lelaki dan diberi nama Jaan.

Foto – Mens XP

Jaan yang mempunyai rupa campuran Caucasian dan India, dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan Aamir. Tetapi malangnya, Aamir tidak mengakui Jaan adalah anaknya.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |