Sebanyak 680 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Terengganu pada tahun ini menerusi inisiatif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi SPNB, Datuk Prof Dr Azmi Mohd Lila yang memaklumkan bahawa daripada jumlah itu, sebanyak 104 unit sedang giat disiapkan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus ketika ini.
Menurut beliau, sejak tahun 2002, Terengganu telah menerima kira-kira 10,600 unit RMR, sekali gus menjadikannya negeri kedua tertinggi selepas Kelantan yang mencatatkan lebih 11,000 unit.
“SPNB melalui Belanjawan 2026 akan membina 6,545 unit RMR di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM500 juta. Terengganu menjadi antara penerima tertinggi iaitu 680 unit RMR di lapan daerah” katanya.
Pengerusi SPNB, Datuk Prof Dr Azmi Mohd LilaPeruntukan RM500 Juta Di Bawah Belanjawan 2026
Melalui Belanjawan 2026, SPNB memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi pembinaan 6,545 unit RMR di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, Terengganu muncul antara negeri penerima tertinggi dengan 680 unit yang akan dibina di lapan daerah.
Secara keseluruhan, sejak 2002, SPNB telah membina lebih 76,000 unit RMR di seluruh negara sebagai sebahagian daripada agenda perumahan mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.

Subsidi RM20,000 Setiap Rumah
- Subsidi kerajaan: RM20,000 bagi setiap unit rumah.
- Baki harga rumah: RM55,000 dibiayai melalui pinjaman tanpa faedah.
- Tempoh bayaran balik: Sehingga 16 tahun.
- Kelebihan skim: Memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri dengan komitmen bulanan lebih rendah berbanding pembiayaan komersial.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 dan ke atas.
- Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM750 hingga RM5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya.
- Pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
- Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan).

Isu Tunggakan Cecah RM7.5 Juta
Sekadar info tambahan, Terengganu merekodkan jumlah tunggakan bayaran pinjaman tertinggi iaitu sebanyak RM7.5 juta setakat tahun lalu.
Sehubungan itu, pihak SPNB menasihatkan penerima supaya lebih bertanggungjawab dalam menjelaskan bayaran bulanan selepas menerima kunci rumah.
“Saya nak ingatkan bahawa bayaran bulanan adalah menjadi tanggungjawab penerima selepas mendapat kunci rumah. Penting untuk masing-masing menjelaskan bayaran bagi memberi peluang kepada pemohon yang sedang menunggu agar dapat merasai manfaat yang sama” katanya pada Majlis Serah Surat Tawaran RMR 2026 kepada 240 pemohon.
Menurut pihak pengurusan, kelancaran bayaran adalah penting supaya lebih ramai pemohon lain yang sedang menunggu dapat menikmati manfaat program yang sama.
Komitmen Berterusan Perumahan Mampu Milik
Majlis serahan surat tawaran RMR 2026 kepada 240 pemohon turut diadakan baru-baru ini sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan kediaman selesa kepada rakyat.
Pendekatan subsidi dan pinjaman tanpa faedah ini dilihat sebagai antara usaha signifikan dalam menangani isu pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40.
Bagi Murai, inisiatif seperti RMR ini sememangnya memberi sinar baharu kepada keluarga yang selama ini menyewa atau menumpang. Dengan subsidi RM20,000 dan pinjaman tanpa faedah, peluang memiliki rumah sendiri bukan lagi sesuatu yang mustahil.

5 hours ago
5








![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)








































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)
