Kalau kalian mencari tempat santai tepi pantai yang sesuai untuk lepak bersama keluarga atau rakan-rakan, Puteh Beach Bar boleh jadi pilihan menarik. Terletak di kawasan Pantai Balok, Kuantan, lokasi ini menawarkan suasana santai dengan pemandangan laut yang menenangkan, sesuai untuk menikmati masa berkualiti sambil menjamu selera.
Suasana Santai Tepi Pantai
@clarita_fiedaIn love with this cotton candy cloud i captured when I was in Kuantan. 📍Puteh Beach Bar, Kuantan. #holiday #niceplaceinmalaysia #traveltiktok #sunset #sunsetlover #cafehopping #cafehoppingmalaysia #kuantan #putehbeachbar #putehbeachbarkuantan #beachvibes
Menurut hantaran video Tiktok daripada akaun peribadinya @clarita_fieda, Berlatarbelakangkan pantai berpasir putih, Puteh Beach Bar tampil dengan konsep yang ringkas tetapi menarik. Seperti namanya, elemen warna putih mendominasi ruang dengan meja, kerusi dan dekorasi yang seragam, diserikan dengan kusyen biru lembut.
Susun atur bertingkat dengan ruang terbuka menjadikan tempat ini lebih selesa untuk pengunjung. Kalian boleh memilih sama ada untuk duduk di pavilion berbumbung, bersantai di kerusi lounge atau sekadar melepak di bean bag sambil menikmati angin laut.
Port Lepak Dengan ‘Vibe’ Santai
Menariknya, Puteh Beach Bar diinspirasikan daripada suasana santai seperti di Bali. Ia diasaskan oleh tiga rakan yang ingin mewujudkan tempat berkumpul yang selesa. Pada awalnya hanya menyediakan sekitar 50 tempat duduk, namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga kini mampu menampung lebih ramai pengunjung.
Waktu petang hingga malam antara masa terbaik untuk datang ke sini. Suasana menjadi lebih meriah dengan muzik yang dipasang, ditambah pula dengan bunyi ombak yang menenangkan.
Menu Fusion & Pilihan Minuman
Dari segi makanan, Puteh Beach Bar mengetengahkan menu gabungan Italian dan American fusion. Hidangan yang disediakan sesuai untuk dinikmati secara santai, sama ada sebagai makan tengah hari atau makan malam ringan.
Pilihan minuman juga tidak kurang menarik. Selain minuman tanpa alkohol seperti mocktail dan mojito, terdapat juga pelbagai pilihan minuman lain yang disediakan. Antara yang sering menjadi pilihan termasuk minuman berasaskan buah-buahan segar serta campuran klasik seperti margarita dan piña colada.
Lebih menarik, bar di sini turut menampilkan aksi penyediaan minuman yang menghiburkan. Bartender akan melakukan aksi seperti ‘flair bartending’ yang menjadikan suasana lebih hidup, terutama ketika waktu puncak.
Lokasi & Akses
Puteh Beach Bar terletak di kawasan Pantai Balok dan berada dalam kawasan Adena Beach Resort. Untuk ke sini, kalian hanya perlu berjalan melalui kawasan resort sebelum tiba di lokasi.
Kedudukannya yang menghadap laut serta dikelilingi pokok-pokok besar menjadikan suasana di sini lebih redup dan selesa walaupun pada waktu siang.
Puteh Beach Bar menawarkan pengalaman santai yang lengkap dengan gabungan pemandangan pantai, makanan yang sedap dan suasana yang menyenangkan.

20 hours ago
10






































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)







