Ramadan 2026: 5 Bazar Lembah Klang Yang Selalu Full House Menjelang Maghrib

10 hours ago 7

Setiap kali tiba bulan Ramadan, bazar Ramadan menjadi antara lokasi paling dinanti orang ramai, sampai full house Selain menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka, bazar juga menjadi tempat berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Di sekitar Lembah Klang, terdapat beberapa bazar Ramadan yang sentiasa menjadi tumpuan kerana variasi makanan, kemudahan serta suasana yang selesa. Berikut ialah lima bazar Ramadan paling popular di Lembah Klang yang sering dikunjungi setiap tahun.

1. Bazar Ramadan Shah Alam

@placesmalaysia

Bazaar Ramadan In Stadium Shah Alam! 😍 . 📍 Stadium Shah Alam . #bazaar #shahalam #stadium

♬ Ramadhan Tiba – Opick

Menurut hantaran video Tiktok di akaun @placesmalaysia, Bazar Ramadan Shah Alam antara yang terbesar dan paling dikenali di Selangor. Setiap tahun, bazar ini menawarkan ratusan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional dan moden.

Daripada lauk berbuka, kuih-muih, minuman sejuk sehinggalah makanan viral, semuanya boleh didapati di sini. Kawasan bazar yang luas serta susunan gerai yang teratur menjadikannya selesa untuk pengunjung, walaupun dalam keadaan sesak pada waktu puncak.

2. Bazar Ramadan Putrajaya

@malaysiafoodandtravel

📍 Bazaar Ramadan Putrajaya Comment down below your must-have foods at bazaar ramadan Putrajaya 😍 #malaysiafoodandtravel #mft #ramadan2025 #bazaarramadan2025 #bazaarramadanputrajaya #foryoupage #fyp

♬ original sound – MalaysiaFood&Travel – MalaysiaFood&Travel

Bazar Ramadan Putrajaya dikenali dengan suasana yang lebih tersusun dan bersih. Susun atur gerai yang kemas memudahkan pengunjung bergerak dari satu gerai ke gerai lain tanpa perlu bersesak, sekali gus menjadikan pengalaman membeli juadah berbuka lebih selesa.

Menurut hantaran video Tiktok di akaun @malaysiafoodandtravel, pilihan makanan di sini agak pelbagai, dengan harga yang masih berpatutan. Kemudahan parkir dan kawasan berjalan kaki yang luas menjadikan pengalaman membeli-belah lebih selesa, terutama untuk keluarga.

3. Bazar Ramadan Wangsa Maju

@placesmalaysia

This is Kuala Lumpur’s longest Ramadan bazaar! 😍🌙 Will you walk from the beginning until the end? 🏃🏻‍♀️🌯 . 📍Bazaar Ramadan Wangsa Maju, KL . . . #ramadan #ramadhan #puasa #raya #eid #aidilfitri #bazaar #bazaarramadhan #food #pasar #pasarmalam #makan #wangsamaju #setapak #kl #kualalumpur #malaysia

♬ Inner Peace – A.R Beats

Bazar Ramadan Wangsa Maju sentiasa meriah setiap petang sepanjang Ramadan. Menurut hantaran video Tiktok di akaun @placesmalaysia, bazar ini merupakan bazar yang terpanjang di Kuala Lumpur.  Lokasinya yang strategik berhampiran kawasan perumahan menjadikan bazar ini tumpuan pelajar serta penduduk sekitar.

Antara tarikan utama di sini ialah variasi makanan yang banyak, daripada menu tradisional Melayu hinggalah makanan moden. Walaupun sering sesak, pengunjung tetap sanggup datang kerana pilihan juadah yang lengkap.

4. Bazar Ramadan Kampung Baru

@malaysiafoodandtravel

📍 Bazaar Ramadan Kg Baru Comment down below your must-have foods at bazaar ramadan Kg Baru 😍 #malaysiafoodandtravel #mft #ramadan2025 #bazaarramadan2025 #kgbarubazaarramadan #foryoupage #fyp

♬ original sound – MalaysiaFood&Travel – MalaysiaFood&Travel

Menurut hantaran video Tiktok di akaun @malaysiafoodandtravel, Bazar Ramadan Kampung Baru terkenal dengan menu tradisional Melayu yang sukar didapati di tempat lain. Pelbagai lauk kampung, kuih tradisi dan juadah berbuka klasik menjadi tarikan utama bazar ini.

Suasananya yang berlatarkan kawasan kampung di tengah bandar memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung, termasuk pelancong tempatan dan luar negara. Bazar ini sesuai untuk mereka yang mencari cita rasa asli masakan Melayu.

5. Bazar Ramadan TTDI

@bestfoodmy

📍Bazaar Ramadan TTDI, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur 🎥 @amirahhfoodie #bestfoodmalaysia #MakanLokal #malaysiafood #MYFoodie #klfoodie #foodhuntingkl #bukapuasa #ramadan #bazaar

♬ original sound – Best Food Malaysia – Best Food Malaysia

Menurut hantaran video Tiktok di akaun @bestfoodmy, Bazar Ramadan TTDI antara bazar yang popular dalam kalangan penduduk bandar. Walaupun tidak terlalu besar, bazar ini terkenal dengan kualiti makanan serta pilihan gerai yang terpilih.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai juadah berbuka, termasuk menu popular dan pencuci mulut moden. Susun atur bazar yang kemas serta kawasan sekitar yang teratur menjadikannya selesa untuk dikunjungi.

Bazar Ramadan di Lembah Klang menawarkan pengalaman berbuka yang pelbagai, bergantung kepada lokasi dan keperluan pengunjung. Sama ada mencari menu tradisional, makanan viral atau suasana yang lebih selesa, lima bazar ini antara pilihan utama sepanjang Ramadan.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |