Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama isteri, Dr Wan Azizah yang ke-46, hari ini.
PMX menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik foto mereka ketika masih muda selain menyifatkan isterinya sebagai cinta hati yang setia bersama dalam setiap suka dan duka.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat Azizah, cinta hati yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.
Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita.”-titip Datuk Seri Anwar Ibrahim di Instagram
Netizen & Selebriti Titip Doa

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat PMX dan Dr Wan Azizah, malah ramai yang mendoakan agar pasangan ini berkekalan sehingga ke Jannah.
“Happy anniversary DS berdua! Sampai syurga!.”-Uyaina Arshad
“Semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah 46 tahun perkahwinan Kak Wan tetap anggun, Penampilan tidak pernah b
“MasyaAllah 46 tahun satu tempoh yang sangat hebat dan penuh inspirasi. Definisi sebenar susah senang bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan buat DSAI & DSWA!.”
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Kesetiaan dan ketabahan kalian adalah inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga terus diberkati Allah SWT dengan kebahagiaan hingga ke syurga.”
“Happy anniversary DSAI dan DSWA. Banyak contoh baik yang ditunjukkan oleh kalian sebagai panduan buat pasangan muda hari ini. Dari segi pengorbanan, kesetiaan, perjuangan dan kepercayaan yang bukan sedikit. Moga kami kami semua dapat perolehi pembelajaran dan jadi insan terbaik buat pasangan masing masing”
Sekadar info, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 26 Februari 1980. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehzan, Nurul Iman, Nurul Ilham, dan Nurul Hana.

17 hours ago
11




![[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)





![[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-9.webp)






































