Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

2 hours ago 2

Percutian di Bali, Indonesia kali ini menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar mesra dikongsikan oleh kekasih kepada Noor Nabila iaitu Ameer Aiman di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian Ameer, pasangan ini dilihat menikmati momen berdua di sekitar destinasi percutian popular Indonesia itu.

Foto-foto yang dimuat naik memperlihatkan suasana santai dan mesra, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen sama ada mereka bercuti berdua sahaja atau turut ditemani ahli keluarga.

Di Instagram Noor Nabila pula, setakat ini tidak kelihatan sebarang perkongsian yang menunjukkan kehadiran ahli keluarga lain. Sebaliknya, hanya beberapa gambar permandangan indah sekitar Bali yang dikongsikan, menjadikan suasana percutian mereka lebih tertumpu kepada momen peribadi.

Dalam beberapa gambar yang dikongsi Ameer, pasangan ini turut sempat mencuba salah satu tarikan popular di Bali iaitu Kopi Luwak. Aktiviti itu menjadi antara momen menarik sepanjang percutian mereka di pulau berkenaan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, hubungan Nabila dan Ameer mula menjadi lebih serius selepas mereka saling mengenali hati budi sejak April tahun lalu. Walaupun berbeza usia hampir 10 tahun, Nabila mengakui dia selesa dengan layanan yang diberikan Ameer selain memuji keperibadian jejaka berkenaan.

Walaupun sering menjadi perhatian ramai, pasangan ini dilihat lebih selesa berkongsi momen secara sederhana di media sosial tanpa terlalu membuka ruang peribadi mereka kepada umum.

MURAI pada masa sama melihat perkembangan hubungan ini sebagai sesuatu yang positif dan matang. Tidak dinafikan, ramai peminat sudah mula tertanya-tanya bilakah agaknya pasangan ini akan melangkah ke fasa lebih serius. Kami di MURAI juga tidak sabar untuk melihat jika satu hari nanti mereka benar-benar bersatu di jinjang pelamin.

Setakat ini, kedua-duanya belum memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai percutian di Bali tersebut, namun perkongsian gambar yang ada sudah cukup membuatkan peminat tersenyum melihat kebahagiaan mereka.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |