Panggil Lagu Raya Sekarang Macam ‘Gampang’, Altimet Balas Ridhuan Tee

14 hours ago 7

Baru-baru ni, isu lagu raya moden kembali panas apabila Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan lagu raya zaman sekarang sangat “tidak berkualiti” dan hilang mesej yang boleh menginsafkan masyarakat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam hantaran di Facebook beliau, Ridhuan Tee menegur:

“Dulu-dulu lagu raya penuh dengan ‘roh’ walaupun penyanyinya bukan Melayu macam DJ Dave dan Cenderawasih.
Belum raya pun dah terasa keinsafannya. Sekarang, lagu raya macam ‘gampang’, tak dak roh. Macam tak raya.”

Beliau menambah, situasi ini berlaku kerana pencipta lagu moden kini lebih fokus kepada glamour dan viral di media sosial, bukannya membawa jiwa dan roh Hari Raya dalam karya mereka.

Namun, kenyataan ini dibalas oleh Altimet, atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, komposer dan penyanyi rap, yang menegaskan perspektif lain:

“Tuan silap. Pendapat saya; lagu-lagu baru ni bukan target demographic dia. Bila nak tulis lagu popular (genre pop), target market cenderung kepada orang yang lebih muda. Tak bermakna tak sedap. Diorang sedar lagu-lagu tu nak tarik perhatian siapa, iaitu mass market. Lagu-lagu raya klasik sekarang pun banyak ikut citarasa popular pada masa ia dihasilkan. Tenang. Bukan semua lagu untuk kita, kita tak payah suka semua lagu yang ada.”

Altimet menekankan bahawa trend lagu raya sentiasa berubah mengikut zaman, dan tidak semua lagu diwujudkan untuk semua lapisan pendengar. Apa yang dianggap “tak ada roh” oleh sesetengah orang mungkin sebenarnya memang ditujukan kepada generasi muda yang ingin merasakan vibe Hari Raya dalam cara mereka sendiri.

Kalau ikut timeline ni, nampaknya debat “Lagu Raya Moden vs Lagu Raya Klasik” ini memang takkan habis. Tapi satu yang jelas, Raya tetap Raya, cuma citarasa muzik mungkin ikut zaman dan generasi masing-masing.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |