Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon Azlan Komeng itu memberi bayangan bahawa rumah tangga mereka sudah berakhir.
Menerusi video tersebut, Nilam menjelaskan status rumah tangga mereka dan mengakui keputusan yang dibuat berdasarkan hormat dan bukannya kerana pergaduhan besar.
Nilam juga berharap tidak muncul sebarang salah faham di masa hadapan selepas usahawan itu membuat penjelasan mengenai rumah tangga mereka.
“Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain. Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu.”
Pada masa yang sama, Nilam yang menyifatkan Azlan sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan suami yang baik tempoh perkahwinan, akui mahu ‘co-parenting’ demi anak mereka.
“Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza. Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa.”
@puan_nilamortizKami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain. Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu. Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza. Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa. Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik. Doakan yang baik-baik untuk kami.
♬ suara asli – sitiasiyah3205 – sitiasiyah3205
“Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik. Doakan yang baik-baik untuk kami.”
Untuk rekod, Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia sebulan.

3 hours ago
2

















































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)