Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara isunya adalah, kekurangan jemaah ketika majlis berbuka puasa, kewujudan ‘kasta’ dalam pengurusan masjid sehingga layanan kasar terhadap jemaah masjid.
Melihatkan isu terbabit hangat diperbincangkan, pihak pengurusan Masjid At-Taqwa, yang diwakili oleh pengerusinya iaitu Dato’ Mohd Fadzli Yusof tampil menjelaskan perkara yang sebenar di platform Threads.
Foto – @masjidattaqwattdi (Threads)Berdasarkan kenyataannya, Mohd Fadzli mendedahkan isu terbabit tular selepas seorang pengguna Threads (@fxrdaus.92) berkongsi beberapa gambar memaparkan suasana masjid yang lengang ketika majlis berbuka.
Foto – @fxrdaus.92 (Threads)Mohd Fadzil menafikannya dan mendedahkan bahawa masjid akan mula dipenuhi dengan kehadiran pengunjung seawal jam 7 malam. Bukan itu sahaja, ada kalanya mereka perlu menempah makanan tambahan memandangkan jumlah kehadiran pengunjung sekitar 800 pengunjung hingga 1000 pengunjung.
“Hakikatnya, jemaah mula memenuhi masjid bermula jam 7.00 petang. Sepertimana Ramadan tahun lepas, bilangan jemaah yang datang berbuka puasa di masjid pada tahun ini juga adalah lingkungan 800-100 orang setiap hari.
Pihak masjid menyantuni semua jemaah yang hadir tanpa syarat. Ada ketikanya, pihak masjid menempah makanan tambahan bagi menampung jemaah yang hadir terlalu ramai di luar jangkaan.”
Untuk mengimarahkan masjid pula, pihak pengurusan telah menyediakan beberapa program dan mengalu-alukan kedatangan belia serta kanak-kanak.
“Begitu juga dengan pemerkasaan program pengajian ilmu agama. Pihak masjid telah menyediakan barisan asatizah bertaulian yang mencakupi pelbagai bidang pengajian ilmu agama. Pihak masjid mengambil berat mengenai kehadiran belia dan anak-anak ke masjid sebagai generasi pelapis yang mengimarahkan masjid.
Foto – @masjidattaqwattdi (Threads)Walau bagaimanapun, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi yang berbeza daripada apa yang MURAI bayangkan.
“Ia bukan tentang memboikot. Ia tentang acik-acik tegur dan sindir, bertindak seperti mereka memiliki tempat (masjid) itu. Bahagian muslimin okay.”
“Kenyataan yang baik, cumanya tidak menyentuh soal sikap segelintir AJK masjid yang didakwa biadap oleh postings yang viral di Threads. Sepatutnya disentuh sekali soal ni.”
Apa yang MURAI boleh simpulkan, ramai yang mengatakan mereka tidak memboikot masjid berkenaan tetapi sikap sesetengah ahli kariah yang dianggap telah menyindir dan bertindak kasar terhadap jemaah masjid yang hadir.
Apa pendapat kamu?

18 hours ago
9


![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)

![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-13.webp)






![[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)



































