Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Elite, Azza Elite tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan netizen mengenai bagaimana dia menunaikan solat meskipun sering tampil dengan solekan yang tebal.
Menanggalkan Make Up Terlebih Dahulu
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Azza menjelaskan bahawa dia akan menanggalkan solekan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat dan mengenakan semula solekan selepas itu.
Kami make up tetapi waktu solat kami buang, lepas solat kami make up balik.
Selalunya saya pun tak make up tebal macam nak buat persembahan.
Saya hanya make up manja, lepas tu guna wipes dan sabun muka bila nak solat.
Azza turut menjelaskan bahawa dia akan memastikan solat tetap menjadi keutamaan walaupun mempunyai jadual kerja yang padat seperti persembahan atau sesi penggambaran.
Mendapat Sokongan Ramai

Menurutnya, jika perlu memakai solekan tebal untuk tujuan kerja, dia akan membersihkannya dahulu sebelum menunaikan solat.
Kalau saya ada show atau shooting yang memerlukan make up tebal, saya akan cuci ketika nak solat.
Kalau show selepas Maghrib, saya pastikan saya solat dulu baru bersolek.
Penjelasan Azza menerima sokongan ramai netizen, khususnya dalam kalangan wanita, yang menghargai keterbukaannya dalam menjaga tuntutan agama walaupun bergiat aktif dalam dunia hiburan.
Ramai memuji sikapnya yang tetap mendahulukan solat dalam apa jua keadaan.
Tindakan Azza membuktikan bahawa komitmen terhadap ibadah masih boleh dipelihara tanpa mengabaikan kerjaya, malah boleh dijadikan contoh buat selebriti dan orang ramai yang bergelut dalam mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.