Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

6 hours ago 4

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Lindungi Habis-Habisan Bekas Isteri

Nedim menerusi hantaran di Threads, menegaskan bahawa dia akan sentiasa melindungi Nora Danish habis-habisan dan akan berhenti setelah bekas isterinya itu bertemu jodoh semula kerana ia akan melanggar urusan peribadinya itu.

“Sebenarnya saya bukan baik sangat pun tapi saya tak boleh blah orang kecam ex wife, kalau tak percaya tanya lah dia, dia kenal saya. Jadi betul, saya akan protect dia habis-habisan.

Tapi kalau dia dah berkahwin, saya akan stop! Pasal itu dah melanggar urusan peribadi dia.”-tegas Nedim di Threads

Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

Dalam pada itu, Nedim turut menafikan dakwaan dirinya yang didakwa belum ‘move on’ dengan hubungan mereka yang sudah berakhir selain menjelaskan bahawa tindakannya terhadap Nora adalah kerana dia sebagai seorang lelaki yang pernah berkahwin dengan bekas isterinya itu.

“Jadi kepada bebal kata saya buat pasal saya tak boleh lupakan en saya tu tak betul, saya buat kerana saya seorang lelaki, faham?. Lelaki yang pernah berkahwin dengannya!.”-tambah Nedim lagi

Netizen Puji

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Nedim yang mempertahankan ibu kepada anak-anaknya meskipun mereka bukan lagi pasangan suami isteri, malah ramai yang berpendapat ia adalah salah satu tanggungjawab seorang lelaki walau sudah bergelar bekas suami.

“Seharusnya itulah tanggungjawab lelaki, walaupun dah bergelar ex husband. Ex wife tu ibu kepada anak-anak dia so protect habis-habisan. Lagi-lagi bila orang sentuh anak lagilah harus bertegas.”

“Terima kasih menjadi sangat gentleman dan protective kepada bekas isteri, Yang ramai ex merentan tu please belajar ni. Best nya, bertuah ex.”

“Walau tak nampak warak depan orang tapi sifat provider dan gentleman jelas. Lelaki hebat bukan kayu.”

“Dia macam ni tau, kita ni kena be real, setiap pemimpin mesti ada jasanya, apatah lagi kita pernah berkongsi kehidupan tak akan takda sikit pun nilai kebaikan seseorang tu.”

Sekadar info, Nedim pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan usahawan, Nora Danish pada 30 Mac 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Julai 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Neqayl.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |