Kontrak Hampir Tamat, Tapi Datang Syarat Luar Jangka
Seorang penyewa meluahkan rasa tidak puas hati selepas dimaklumkan bahawa kontrak rumah sewa tidak boleh diperbaharui kecuali dia bersetuju untuk menyewa sebuah kereta milik tuan rumah sekali.
Menurut perkongsian di Thread, penyewa tersebut telah menyewa unit berkenaan sejak tahun lalu dan kontraknya bakal tamat dalam masa sebulan. Apabila dia menghubungi ejen untuk pembaharuan, ejen memaklumkan bahawa tuan rumah tidak mahu menyambung kontrak atas alasan mahu melakukan renovasi.
Namun selepas dia sendiri menghubungi tuan rumah, alasan sebenar yang diberikan agak mengejutkan, rumah tersebut hanya akan disewakan bersama sebuah kereta, dan tidak boleh disewa secara berasingan.
“Kalau nak renew, kena ambil kereta sekali,”
Netizen Ada Teori Tersendiri
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan yang pelbagai, malah ada yang mendakwa ia mungkin strategi untuk menampung komitmen bulanan kereta.
Seorang pengguna berpendapat bahawa tuan rumah berpotensi meraih keuntungan tinggi sekiranya penyewa bersetuju dengan pakej tersebut, termasuk menanggung kos penyelenggaraan.
via Thread /@mhmd_danialAda juga yang melihat isu ini dari sudut berbeza, mungkin sebelum ini unit tersebut disewa tanpa petak parkir, menyebabkan kadar sewaan lebih rendah. Justeru, pemilik mungkin mahu “gabungkan sekali” demi memaksimumkan pulangan.
via Thread /@hakeemraziDalam masa sama, terdapat netizen yang mengingatkan tentang kos servis kenderaan jenama Eropah yang lazimnya lebih mahal dan boleh mencecah ribuan ringgit untuk satu kitaran penyelenggaraan.
via Thread /@ka_wai91Tidak kurang juga yang beranggapan alasan renovasi itu sekadar taktik untuk menolak penyewa secara halus.
Sah Atau Tidak? Ini Yang Perlu Penyewa Tahu
Secara prinsipnya, pemilik hartanah mempunyai hak untuk menetapkan syarat baharu sebelum memperbaharui kontrak, selagi tidak melanggar undang-undang atau terma perjanjian asal.
Namun begitu, penyewa juga berhak untuk menolak sekiranya syarat tersebut dirasakan tidak munasabah atau membebankan.
Dalam situasi sebegini, segala terma perlu dinyatakan secara jelas dalam kontrak baharu sebelum sebarang persetujuan dibuat.
Apa yang pasti, kes ini membuka perbincangan tentang trend sewaan “pakej” yang semakin kerap muncul, khususnya di kawasan bandar.
Kalau anda di tempat penyewa ini, sanggup tak ambil sekali kereta semata-mata nak kekal duduk di unit sama?

2 hours ago
3












![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)




































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)
