Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila isterinya, Ardell Aryana, terus menjadi sasaran kecaman netizen walaupun sudah kembali dari misi kemanusiaan. Luahan itu dikongsikan menerusi Threads dengan nada sinis tetapi jelas menggambarkan perasaan terkilan seorang suami.
“Lah ingat bini aku dah balik dah okay, tak puas hati juga ke? Pergi salah, balik salah. Ikutlah, Ambillah dunia ni ya. Yela korang je lah betul. Baiklah saya salah, Alhamdulillah,”-tulisnya.
Kenyataan itu hadir selepas Ardell sebelum ini dilaporkan berlepas ke Barcelona, Sepanyol pada 5 April lalu bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza. Namun, penyertaan kali kedua pelakon itu dalam misi tersebut sekali lagi mengundang pelbagai reaksi di media sosial, tidak kurang juga yang mempertikaikan keputusannya.
Ada dalam kalangan netizen yang tampil memberi sokongan kepada pasangan ini, meminta Adhwa untuk terus bersabar dan tidak melayan kecaman.
“Takpa @nadzmiadhwa dengan kak @ardellaryana, Allah ada. Abaikan je depa tu keyboard warrior. Ramai mendoakan kalian,” tulis seorang pengguna.
Namun dalam masa sama, wujud juga suara yang kurang bersetuju dengan tindakan Ardell menyertai misi itu buat kali kedua. Rata-rata masih bimbang dengan keselamatannya, apatah lagi pengalaman lalu bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
Untuk rekod, Ardell pernah mengalami kecederaan serius ketika menyertai misi kemanusiaan sebelum ini. Difahamkan, dia mengalami koyakan pada bahu, tekanan darah rendah dan kecederaan lain selepas ditahan tentera Israel. Lebih mengejutkan, pelakon itu juga didakwa menerima layanan kasar termasuk ditarik rambut dan ditumbuk di muka ketika kapal yang dinaiki sukarelawan dipintas.
Situasi itu membuatkan ramai melihat kebimbangan netizen ada asasnya, namun tidak kurang juga yang berpendapat niat murni Ardell wajar dihormati. Netizen mungkin ada pandangan masing-masing, tapi yang pastidalam dunia media sosial hari ini, “pergi salah, balik pun masih salah” memang realiti yang ramai terpaksa hadap.

2 hours ago
3





![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)

![[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy A57 5G: Apa Yang Membezakan Dengan Sebelumnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-46.webp)




![[VIDEO] 5 Hari Bersama Kia Sportage 2.0 High & Ini 5 Perkara Yang Buat Tertarik](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-40.webp)


![[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2.webp)





![[VIDEO] “Kalau Anak Sakit Macam Tu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum”- Datin Seri Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-10.webp)













![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)















![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)