Melancong Percuma Selama Setahun Dengan AirAsia? Serius, Anda Cuma Perlu Dapatkan Minuman Ini

16 hours ago 7

Nak melancong tanpa henti selama setahun? Sekarang ada cara paling mudah – minum Hausboom edisi terhad, imbas kod QR dan berpeluang menang penerbangan tanpa had bersama AirAsia selama 12 bulan penuh!

Ya, betul tu. AirAsia kini bekerjasama dengan Hausboom dan melancarkan 9 botol edisi khas yang diinspirasikan daripada destinasi menarik mereka. Antaranya:

  • Strawberi – rasa manis ala Seoul
  • Roti Bakar – penuh nostalgia, mewakili Kuala Lumpur
  • Dan 7 lagi perisa dari tempat best seperti Melbourne, Nairobi, Amritsar dan banyak lagi.

Setiap botol ada kod QR istimewa. Imbas saja dan sertai peraduan ‘Sip & Win’. Antara hadiah yang menanti:

  • Penerbangan tanpa had AirAsia selama setahun!
  • Ganjaran menarik daripada SNAP, Hotels, RIDE, Ikhlas dan banyak lagi.

Botol-botol ni boleh korang cari di lebih 6,800 lokasi seluruh Malaysia – dari 7-Eleven, KK Mart, sampai ke kedai-kedai runcit di Sabah dan Sarawak. Jadi tak susah nak jumpa!

Menurut AirAsia, kempen ni memang ditujukan khas buat korang yang suka travel, suka cabaran, dan suka menang benda best. Serius, tak perlu beli tiket kapal terbang – minum jer Hausboom dan rezeki mungkin menyebelahi korang.

Oh ya, jangan lupa singgah acara khas pada 4 Mei 2025 di Lot 10, Kuala Lumpur. Ada mocktail special dari botol edisi terhad, live show, reruai interaktif dan macam-macam aktiviti best lain.

Jadi, apa tunggu lagi? Minum, imbas dan menang! Mana tahu, lepas ni korang dah boleh terbang ke Seoul, Melbourne atau Nairobi – bila-bila masa, seberapa banyak kali pun!

Nak tahu lebih lanjut? Follow je @flyairasia dan @hausboom kat media sosial!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |