Kalau dah bosan makan di restoran biasa dan nak cuba sesuatu yang lain daripada yang lain, BBQ Lamb KL Kemensah ialah sebuah restoran berkonsep BBQ yang terkenal dengan pengalaman makan yang unik di dalam sungai. Terletak di kawasan hijau Kampung Kemensah, restoran ini terkenal dengan konsep unik “river dining” di mana anda boleh menikmati hidangan BBQ sambil merendam kaki di dalam aliran sungai yang jernih.
Suasana alam semula jadi yang tenang, bunyi deruan air, dan udara segar menjadikan pengalaman makan di sini bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga menenangkan jiwa.
Pengalaman Makan Dalam Sungai
@bbqlambklkemensahBBQLAMBKLKEMENSAH IS A UNIQUE AND EXOTIC SECRET LOCATION NEAR THE NATIONAL ZOO MALAYSIA, AMPANG SELANGOR. CONCEPTED AS A MODERN PICNIC DINING WITH YOUR WIFE AND CHILDREN AND YOUR BEAUTIFUL FAMILY. APPRECIATE THE TIME YOU HAVE WITH YOUR WIFE AND CHILDREN. CREATE THE BEST MEMORY WHILE ENJOYING YOUR FOOD, PLAYING IN THE AIR BUKIT RIVER AND SERVING CHILDREN, HAVING FUN CATCHING FISH AND EXPOSING CHILDREN TO THE SCIENCE OF NATURE, FLORA AND FAUNA, APPRECIATING THE RIVER AND THE ENVIRONMENT AND NATURAL HABITAT.#jomsambutbirthdaybbqlambklkemensah #happybirthday #TahunBaruLuarBiasa #gathering #review #bbqlambklkemensah #uniqloholidayshoppingfestival#makan #fyppppppppppppppppppppppp #makanan #viraltiktok #viralvideos #family #alam
♬ original sound – Bbq Lamb KL Kemensah – Bbq Lamb KL Kemensah
Apa yang membezakan restoran ini dengan tempat lain adalah konsepnya yang benar-benar luar biasa. Meja dan kerusi disusun terus di dalam kawasan sungai cetek, membolehkan pengunjung makan sambil kaki direndam air sejuk yang mengalir. Rasa nyaman itu memang sukar digambarkan, lebih-lebih lagi pada cuaca panas di Malaysia. Kalau tak mahu basah, jangan risau kerana terdapat juga ruang berbumbung untuk keselesaan kalian.
Pelbagai Pilihan
Dari segi makanan, BBQ Lamb KL Kemensah menyediakan pelbagai pilihan hidangan BBQ yang sesuai untuk semua selera. Antara menu popular termasuk set campuran daging seperti kambing, ayam, itik dan lembu yang diperap dengan rasa istimewa. Set hidangan biasanya lengkap dengan nasi, sup, buah-buahan, serta minuman refill tanpa had. Untuk yang datang berkumpulan, set seperti Mix Meat Platter memang berbaloi dan mengenyangkan.
Port Santai Untuk Keluarga & Kawan-Kawan
@bbqlambklkemensah“Rabu dah sampaiii! 💃 Kita OPEN hari ni (22/10/2025) dari 12PM–6PM 😋 Semalam Selasa rehat sikit sebab Isnin dah buka sempena Deepavali 🎆 So jom datang makan tepi sungai — suasana chill, makanan padu 🔥 #bbqlambklkemensah #makanbest #rilektepisungai#BBQLambKLKemensah #healingwithbbqlambklkemensah
♬ suara asli – Bianconeri Gank – BianconeriGANK
Tempat ini memang sesuai untuk pelbagai jenis outing sama ada family gathering, sambutan hari jadi atau lepak bersama rakan-rakan. Kanak-kanak pula pasti seronok dapat bermain air selepas makan. Bonusnya, mereka pun kurang ‘melekat’ dengan telefon kerana lebih fokus bermain dalam sungai.
Lokasi Strategik
Menariknya, restoran ini terletak tidak jauh dari Zoo Negara Malaysia. Jadi kalian boleh rancang satu hari penuh aktiviti iaitu dengan melawat zoo terlebih dahulu, kemudian singgah makan sambil ‘cool down’ di sungai. Kalau nak aktiviti lebih mencabar, terdapat juga lokasi ATV berhampiran yang boleh kalian cuba.
Tips Penting Sebelum Datang
Sebelum kalian merancang untuk ke sini, ada beberapa perkara yang perlu ambil tahu:
- Wajib buat tempahan awal kerana tempat sangat terhad, terutama hujung minggu.
- Deposit sekitar RM100 diperlukan untuk booking.
- Pakai pakaian yang cepat kering (Elakkan jeans tebal)
- Kawasan parkir agak terhad, jadi datang awal.
- Laluan ke restoran sedikit sempit dan berliku, jadi berhati-hati ketika memandu.
BBQ Lamb KL Kemensah menyediakan pengalaman makan yang bukan sahaja unik, tetapi juga memberi peluang untuk healing. Walaupun mungkin ada kekurangan kecil dari segi fasiliti, pengalaman makan dalam sungai itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan kunjungan kalian berbaloi.

11 hours ago
6


![[VIDEO] Syed Saddiq Nafi Langgar Adat Pertunangan, – “Saya Tak Berucap Ya..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Baru-Syed-Saddiq2.webp)






























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)






![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)








