Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

1 day ago 14

Siapa sahaja tak kenal Hakim Danish sekarang, sebah dia, ramai terus terbayang aksi berani di litar Moto3. Kini, pelumba muda kebanggaan negara itu menambah satu lagi pencapaian apabila dilantik secara rasmi sebagai Duta Taman Tema Genting SkyWorlds menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU).

Bukan sekadar jadi wajah kempen

Pelantikan ini bukan sekadar bergambar atas poster, tetapi sebahagian daripada inisiatif Inspirasi Anak Malaysia yang meraikan kejayaan anak tempatan mengharumkan nama negara. MURAI suka mesej yang cuba dibawa menerusi kolaborasi ini kerana ia memberi motivasi kepada generasi muda untuk terus berani mengejar impian.

Sepanjang kerjasama ini, Hakim Danish bakal terlibat dalam pelbagai program pembangunan belia dan sesi perkongsian pengalaman sebagai atlet yang kini bersaing di pentas antarabangsa.

Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

Tarikan baharu untuk kaki adrenalin

Lebih menarik, pelantikan ini hadir serentak dengan keterujaan menjelang pembukaan Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing, tarikan baharu bertemakan perlumbaan motosikal di Genting SkyWorlds.

Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

Kalau anda jenis sukakan kelajuan dan cabaran, ini memang antara tarikan yang patut masuk dalam wishlist. MURAI yakin pengalaman imersif yang ditawarkan mampu buat pengunjung rasa macam berada di tengah-tengah perlumbaan sebenar.

Hakim Danish sendiri bukan calang-calang pelumba. Anak kelahiran Terengganu itu pernah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai Idemitsu Asia Talent Cup 2022 dan tahun ini sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya menaiki podium Kejuaraan Dunia Moto3 serta meraih kemenangan Grand Prix.

Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

Bersempena kerjasama ini, pengunjung juga boleh mendapatkan koleksi cenderamata edisi terhad hasil kolaborasi bersama Hakim Danish. Paling best, Unlimited Pass Genting SkyWorlds kini ditawarkan pada harga RM188 sehingga 31 Ogos 2026. Kalau dah lama rancang nak bercuti ke Genting, mungkin sekarang masa paling sesuai.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

5

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |