Leona Tak Jadi Minat Lelaki Tua Botak, Kini Jatuh Hati Pada Lelaki Sepanyol

1 day ago 17

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona Azhar atau lebih dikenali sebagai Leona, terus mencuri perhatian dengan kenyataan bersahajanya yang sering mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan warganet. Terbaharu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini meluahkan keterujaannya terhadap lelaki Sepanyol selepas berpeluang melancong secara solo ke negara berkenaan. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Leona, 23, berkata dia kini lebih berminat untuk mempelajari bahasa Sepanyol dan mengambil keputusan untuk berhenti belajar Mandarin yang selama ini menjadi fokusnya.

Hasrat Leona itu dikongsikan secara terbuka, menyatakan minatnya terhadap lelaki dari Sepanyol sebagai antara faktor utama di sebalik perubahan arah pembelajaran bahasanya. Ujarnya secara terus terang, dia tidak lagi mahu meneruskan pembelajaran Mandarin kerana telah jatuh hati dengan daya tarikan lelaki Sepanyol yang dirasakannya lebih menarik.

Percutian Leona ke Sepanyol bukan sekadar satu escapism selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dari University of Bath, United Kingdom, tetapi turut menjadi ruang untuk merealisasikan impian yang sudah dua tahun dipendam untuk menjelajah negara penuh seni dan budaya itu. Momen kembara itu nyata memberi pengaruh besar terhadap dirinya, termasuk dalam hal citarasa dan pandangan terhadap lelaki.

Leona sebelum ini pernah mencetuskan perbualan hangat apabila menyatakan bahawa dia lebih tertarik dengan lelaki berusia dan tidak kisah sekiranya mereka botak, kerana berpendapat lelaki muda kurang matang. Pengalaman dalam dunia perhubungan juga pernah membuatkan Leona kecewa, malah secara terbuka menyifatkan beberapa lelaki yang pernah ditemuinya semasa dating sebagai ‘sampah’. Pengalaman-pengalaman tersebut, katanya, sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan tentang masa depan cinta dan jodoh yang dicari.

Dengan gaya dan personaliti yang lantang, Leona terus menjadi sosok yang tidak gentar berkongsi isi hati secara terbuka di platform media sosial. Walaupun sering dikecam atau disalah tafsir, dia tetap konsisten dengan sikap jujurnya yang tidak berselindung, termasuk dalam soal cinta dan kehidupan peribadi. Kini, dalam misi menawan dunia dan mungkin juga hati lelaki Sepanyol idamannya, Leona bersedia melangkah ke satu lagi fasa baharu dalam hidupnya, dengan semangat dan bahasa yang baru.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |