Masuk sahaja Tahun Kuda, ramai cari benda baru untuk segarkan hidup masing-masing dengan cara tersendiri. Kali ini, Marshall tak sekadar keluarkan speaker biasa, tapi hadir dengan Emberton III Lunar New Year Edition 2026, edisi terhad yang ada rasa seni dan gaya hidup dalam satu pakej.
1. Konsep Kuda Liar Yang Bebas
Speaker ini diinspirasikan daripada maksud “kuda liar terlepas dari tali”. Mudah cerita, ia tentang kebebasan dan tenaga yang tak boleh dikawal.
Macam bila lagu favourite tiba-tiba dimainkan masa berkumpul dengan kawan-kawan, terus suasana jadi hidup. Itulah semangat yang Marshall cuba bawakan. Bukan sekadar dengar muzik, tapi rasa moment itu.

2. Rekaan Seni Yang Memang Lain
Edisi khas ini tampil dengan sentuhan artis dari China, FCCK, yang terkenal dengan rekaan cover album dan vinyl yang unik.
Corak grafik, ilustrasi dan tipografi pada speaker ini nampak bold dan berani. Bila letak atas meja pun dah jadi topik perbualan. Ia bukan jenis rekaan biasa-biasa, tapi ada karakter sendiri.

3. Sangat Terhad, Hanya 50 Unit
Yang buat orang rasa lagi istimewa, cuma 50 unit saja untuk Malaysia. Harga RM1,149 mungkin nampak premium, tapi bila fikirkan jumlah yang terhad dan nilai seni yang dibawa, ia lebih kepada koleksi daripada sekadar pembesar suara biasa. Barang macam ini, siapa cepat dia dapat.

4. Eksklusif Di Against Lab
Menariknya, ia hanya dijual di Against Lab, sama ada di kedai mereka di Pudu atau secara online. Against Lab memang dikenali sebagai ruang yang dekat dengan budaya kreatif dan komuniti independen. Jadi kolaborasi ini rasa ngam, bukan sekadar strategi jualan semata-mata.
5. Pelancaran Yang Ada ‘Feel’ Perayaan
Pada 7 Februari 2026, dari 12 hingga 3 petang di Against Lab Pudu, pelancaran ini akan disertakan dengan bengkel sempena Tahun Baru Cina. Ada muzik, makanan dan minuman. Datang bukan sekadar beli barang, tapi rasa suasana. Macam singgah rumah kawan yang pasang lagu kuat sikit, borak panjang dan sambut perayaan sama-sama.
Bagi MURAI, edisi ini bukan tentang siapa paling kuat atau paling canggih. Tapi tentang vibe.
Kadang-kadang kita pilih sesuatu sebab ia nampak berbeza dan ada cerita di sebaliknya. Emberton III versi ini jelas bukan untuk semua orang, tapi untuk mereka yang hargai seni, bunyi dan sedikit elemen eksklusif dalam gaya hidup.

19 hours ago
8


![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-13.webp)






![[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)



































