Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026, MR D.I.Y. Malaysia tampil dengan kempen penuh keceriaan, “Raya Sama-Sama”, bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kempen berskala nasional ini menggabungkan cabaran menari yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000. Bukan itu sahaja, terdapat juga promosi istimewa bagi membantu orang ramai membuat persiapan Raya dengan lebih berhemat.
Tunjang utama kempen ialah video muzik “Raya Sama-Sama” berserta cabaran menari, di mana keluarga, rakan-rakan dan komuniti boleh menonjolkan kreativiti mereka melalui muzik dan gerak tarian. Inisiatif digital ini turut diiring oleh promosi “Raya Sama-Sama” Jimat, mengukuhkan komitmen MR D.I.Y. untuk membantu setiap isi rumah meraikan Aidilfitri tanpa membebankan kos perbelanjaan mereka.
Raikan raya dan menang dengan “Raya Sama-Sama” Dance Challenge
Berlangsung dari 7 Mac hingga 7 April 2026, “Raya Sama-Sama” Dance Challenge mengajak rakyat Malaysia menzahirkan semangat perayaan menerusi persembahan tarian atau lip-sync yang kreatif. Peserta berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000, termasuk jemputan eksklusif ke rumah terbuka Raya bersama Alif Satar dan The Locos.
Untuk menyertai cabaran ini, peserta hanya perlu:
- Cari lagu: Dapatkan lagu rasmi Raya Sama-Sama 2026 di TikTok atau Instagram.
- Rakam video kreatif: Hasilkan video tarian atau lip-sync bersama keluarga, rakan atau rakan sekerja.
- Muat naik dan tag: Muat naik video di mana-mana platform media sosial menggunakan audio rasmi serta tanda pagar #RayaSamaSama2026.
- Hantar penyertaan: Lengkapkan penyertaan dengan menghantar pautan video di https://www.mrdiy.com/mr-diy-rayasamasama2026.
Untuk makluman semua, MR D.I.Y. memperkenalkan promosi “Raya Sama-Sama” Jimat untuk membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Aidilfitri. Promosi ini berlangsung dari 23 Februari hingga 31 Mac 2026. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai hiasan Raya serta barangan keperluan rumah pada harga istimewa “Always Low Prices”, bermula serendah RM2.

6 hours ago
6











![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)





























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)




![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)


