Kelibat Wanita Dalam Hantaran IG Nubhan Curi Perhatian- “So Betullah Ni?”

3 hours ago 3

Nama penyanyi Nubhan menjadi bualan ramai selepas memuat naik hantaran terbarunya di media sosial. Menerusi hantaran tersebut, Nubhan dilihat sedang menikmati percutian di negara Vietnam, beberapa hari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Walaupun hantarannya itu nampak biasa, namun ada sekeping gambar yang dimuat naiknya telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan pemerhatian MURAI, Nubhan telah memuat naik sekeping gambar bersama wanita semasa menaiki Alpine Coaster di Ba Na Hills, Vietnam.

Foto – @nubhan.ahamad (Threads)

Melihatkan gambar tersebut, MURAI mendapati identiti wanita itu adalah individu yang pernah didakwa sebagai orang ketiga dalam isu kemelut rumah tangga Nubhan sebelum ini.

Dan apabila menjengah ke ruangan komen di platform Threads, ramai pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi termasuklah mengecam tindakannya itu seolah-olah mengiyakan khabar angin sebelum ini.

“Aku dah biasa tengok orang downgrade tapi aku tak pernah sangka seteruk ni dia downgrade.”

“Oh sebenarnya betul la eh?”

“Hmm dah habis pusing eh? Sure eh?”

“Jadi betullah ek yang sebelum-sebelum ini. Takpe aku doakan Dr Fie dapat jodoh yang lebih baik, hensem sekufu dengannya yang educated tu. Amin.”

“Dia (Nubhan) sudah mengiyakan tuan puan.”

Walau bagaimanapun, Nubhan tidak memberi sebarang kenyataan berbalas mengenai komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial di hantaran tersebut. Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |