Jemput Rekha Ke Rumah, Ini Amaran Keras Jaya Bachchan Tentang Amitabh- “Dia…”

4 days ago 20

Cinta tiga segi antara Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan dan Rekha telah menjadi kontroversi Bollywood yang paling hangat serta banyak diperkatakan. Bukan itu sahaja, filem ‘Silsila’ yang dibintangi oleh mereka bertiga juga dikatakan seperti diilhamkan oleh teka-teki kehidupan sebenar mereka.

Dan baru-baru ini, seorang pengarang veteran iaitu Hanif Zaveki telah mendedahkan satu buturan mengejut mengenai dakwaan cinta segi tiga pelakon-pelakon itu dalam sebuah temu bual.

Foto – YouTube

Hanif berkongsi mengenai kisah percintaan Amitabh dan Jaya serta bagaimana Rekha kemudiannya muncul dalam kehidupan mereka dan akhirnya mengundurkan diri.

“Yash Chopra cuba untuk menggambarkan dinamik cinta itu pada skrin, tetapi hakikatnya Jaya tidak pernah mahu bekerja di ‘Silsila’. Dia tidak menyukai Rekha.”

Foto – Pinterest

Kemudian apabila keadaan antara Amitabh dan Rekha menjadi hangat, Jaya mula mengambil alih tugas untuk memisahkan mereka. Menurut Hanif, Jaya telah menjemput Rekha ke rumahnya untuk makan tengah hari sebelum dia dengan tegasnya memberi amaran bahawa Amitabh akan sentiasa menjadi miliknya.

Foto – Hindustan Times

“Dia memberi Rekha makan dengan baik dan banyak berbual. Apabila tiba masanya untuk balik, Jaya memandang Rekha dan berkata, “Amitabh milik saya. Dia milik saya dan akan sentiasa menjadi milik saya.””

Amaran keras Jaya kepada Rekha membuatkan aktres itu terpaksa memilih untuk menjauhkan diri daripada Amitabh.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |