Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

4 hours ago 3

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali sebagai Blood Moon.

Kita bukan sahaja berpeluang menyaksikan fenomena luar biasa ini, tetapi ia turut menjadi peringatan kepada umat Islam mengenai kebesaran Allah S.W.T.

Untuk makluman semua, gerhana ini dapat dilihat sepenuhnya di seluruh negara pada hari ini, 3 Mac 2026 (bersamaan 13 Ramadan 1447H) dengan kemuncaknya dijangka pada jam 7.33 malam (waktu Malaysia).

Waktu penting untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penuh:

  • 7.23 malam- Bulan terbit semasa gerhana, berkemungkinan terlalu rendah untuk dilihat dengan jelas
  • 7.33 malam- Gerhana maksimum, bulan di titik paling dalam bayang bumi
  • 9.17 malam- Tamatnya gerhana separa
  • 10.23 malam- Tamatnya gerhana penumbra

Walau bagaimanapun, untuk umat Islam, kita disunatkan untuk menunaikan ibadah khusus ketika fenomena ini iaitu mengerjakan solat sunat Gerhana Bulan.

Walau bagaimanapun, umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana. Disebabkan fenomena ini berlaku semasa bulan Ramadan, umat Islam diberi dua pilihan waktu untuk melaksanakannya iaitu selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak.

Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan 

Solat sunat gerhana ini mempunyai sedikit perbezaan daripada solat sunat yang lain. Ia mempunyai 2 kali rukuk pada setiap rakaat dan bacaan tasbih pada setiap rukuk dan sujud diperbanyakkan sehingga 100 kali.

  • Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةً خُسُوفُ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

[Usolli Sunnatal Khusuu-fi Rak’ataini Lillahi Taala]

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua (2) rakaat kerana Allah Taala.

  • Rakaat pertama:
  1. Niat
  2. Takbiratul ihram
  3. Doa Iftitah
  4. Surah Al-Fatihah
  5. Pilihan surah pendek atau panjang
  6. Rukuk, disertakan dengan bacaan tasbih
  7. Iktidal
  8. Surah Al-Fatihah
  9. Pilihan surah pendek atau panjang
  10. Rukuk kali kedua
  11. Iktidal
  12. Sujud, disertakan dengan bacaan tasbih
  13. Duduk antara dua sujud
  14. Sujud, disertakan dengan bacaan tasbih
  15. Berdiri ke rakaat kedua
  • Rakaat kedua: 
  1. Niat
  2. Takbiratul ihram
  3. Doa Iftitah
  4. Surah Al-Fatihah
  5. Pilihan surah pendek atau panjang
  6. Rukuk, disertakan dengan bacaan tasbih
  7. Iktidal
  8. Surah Al-Fatihah
  9. Pilihan surah pendek atau panjang
  10. Rukuk kali kedua
  11. Iktidal
  12. Sujud, disertakan dengan bacaan tasbih
  13. Duduk antara dua sujud
  14. Sujud, disertakan dengan bacaan tasbih
  15. Tahiyat akhir
  16. Beri salam
  • Selepas solat: 
  1. Mendengar khutbah (jika laksanakan solat sunat secara berjemaah)
  2. Berdoa
  3. Berzikir
  4. Bersedekah

Selamat beramal dan semoga bermanfaat!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |