Ruang Rama, lokasi acara terbaharu di Petaling Jaya, membuka pintu dewannya dengan penuh kemeriahan menerusi sebuah majlis pelancaran yang meraikan semangat kebersamaan. Bersempena pembukaannya, Ruang Rama telah menganjurkan Bufet Iftar pada 12 Februari 2025, mengundang para tetamu untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana yang penuh bermakna.
Iftar Bersama Rabbani
Bufet Iftar ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional serantau yang kaya dengan rasa autentik, membawa pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya. Menghidupkan lagi pengalaman berbuka, kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, mengalunkan melodi penuh harmoni. Kumpulan Nasyid ini akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadhan ini di Ruang Rama.
Majlis Bufet Iftar ini turut dihadiri oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan, yang ingin menerokai Ruang Rama sambil bersama-sama meraikan acara istimewa ini. Antara tetamu yang hadir ialah Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, ahli kumpulan Popshuvit dan Bunkface, yang turut disertai oleh lebih 400 tetamu lain yang memeriahkan majlis ini.
Cabutan Bertuah Eksklusif
Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah agensi pelancongan untuk perjalanan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri Bufet Iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah pakej Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise. Pengumuman ini menambah lagi keterujaan malam tersebut, menjadikan bufet ini di Ruang Rama satu pengalaman yang lebih dinanti-nantikan.
Promosi Bufet Iftar Bermula Harga RM89 Sahaja!
Iftar Buffet 2025 di Ruang Rama Event Space PJ, Wisma Daju 5, menampilkan hidangan cita rasa klasik penuh dengan makanan kegemaran Malaysia, serta pelbagai pilihan di beberapa gerai masakan.
Promosi bufet berlangsung dari 4hb – 26hb Mac 2025 dengan harga RM89/pax (dewasa) dan RM70/pax (kanak-kanak).
Nikmati tawaran Early Bird sepanjang tempoh tempahan dari 12hb – 25hb Februari 2025, dengan harga istimewa RM79/pax (dewasa) dan RM60/pax (kanak-kanak). Harga tidak termasuk SST 8%.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.