Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

16 hours ago 7

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan pameran yang menampilkan gambar dirinya yang bertajuk “J2NNI5”.

Bersempena dengan pameran tersebut, sebuah buku foto telah dikeluarkan, yang diberi nama “The Unveiled PHOTOBOOK”, telah menampilkan 625 halaman gambar ahli BLACKPINK tersebut yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini.

Sebahagian daripada imej-imej tersebut, beberapa peminat telah berkongsi menerusi media sosial, termasuklah imej Jennie yang mengenakan sehelai sut renang.

Foto – @@yo0ngles_07 (X) / @idwhojo (X)

Perkongsian tersebut telah menyebabkan Jennie menjadi sasaran individu pedofilia kerana saiz badannya dituduh seperti kanak-kanak untuk menarik perhatian lelaki yang menyukai “Lolita”.

Makluman untuk semua, “Lolita” merupakan sebuah novel karya Vladimir Nabokov yang menggambarkan hubungan pedofilia antara watak utama novel itu dan seorang gadis berusia 12 tahun.

Foto – @jennschanelbag (X)

Melihatkan pertuduhan ini, ramai yang mempertahankan Jennie dengan mengatakan bahawa tiada apa yang salah dengan saiz badannya itu. Pada masa yang sama, peminat juga mengatakan tiada salah  jika Jennie mahu berseronok dan tersenyum seperti itu, sekali gus menolak sepenuhnya dakwaan tersebut.

“Awak semua pelik sangat sebab ini. Dia (Jennie) berumur 25 tahun semasa gambar-gambar ini diambil. Tak boleh merakam seorang wanita ketawa dan berseronok ketika memakai baju renang? Bagi saya, awaklah yang pelik sebab fikir benda-benda yang menjijikkan. Itu konsep semata-mata.”

“Dia (Jennie) seorang wanita kecil molek yang mempunyai wajah bayi. Jika awak melihatnya memakai pakaian renang dan memikirkannya seorang kanak-kanak, mungkin awak seorang pedo.”

Isu ini sangat serius, ramai yang berpendapat jika seseorang itu memiliki rupa paras baby face dan bentuk badan kecil molek, ia bukanlah satu kesalahan. Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |