Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Tahun ini, Tropicana Twister membawa semangat kebaikan itu lebih jauh dengan mengubah amalan kecil seharian kepada impak yang berkekalan seperti sebuah rumah yang terjamin untuk dipanggil kediaman.
Kembali untuk tahun kedua, kempen ‘Gandakan Kebaikan’ tampil dengan misi yang lebih besar dan berimpak tinggi. Melangkaui sumbangan bermusim, Tropicana Twister kini menyasarkan pembinaan sehingga 100 buah rumah untuk komuniti yang kurang berkemampuan, termasuk keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen jangka panjang jenama dalam memperluaskan kebaikan yang memberi kesan berterusan, bukan hanya sepanjang Ramadan.

Membina Rumah Terlindung, Membina Harapan
Melalui kerjasama dengan EPIC Homes, satu inisiatif oleh perusahaan sosial EPIC yang telah membina ratusan rumah dan menggerakkan ribuan sukarelawan di seluruh negara, Tropicana Twister menyokong Project 100. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 200 keluarga dan terus komited membantu komuniti rentan di Malaysia.
“Bagi sebuah keluarga yang memerlukan, rumah bukan sekadar perlindungan. Ia adalah asas untuk membina semula kehidupan. Melalui kerjasama dengan EPIC Homes, kami menukarkan amalan kebaikan harian kepada sesuatu yang benar-benar mengubah kehidupan.
Inilah cara kami melihat peranan jenama dalam menyokong komuniti bukan hanya semasa Ramadan, tetapi untuk jangka masa panjang,” kata Ketua Pemasaran PepsiCo Malaysia Jennifer Lee
Dengan memberi fokus kepada penyediaan kediaman kekal berbanding bantuan sementara, inisiatif ini bertujuan mewujudkan perubahan yang berpanjangan. Selain rumah terlindung, usaha ini turut menyokong persekitaran hidup yang lebih sihat melalui akses kepada air bersih dan ruang selamat untuk kanak-kanak membesar. Secara keseluruhan, ia membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga dan komuniti untuk jangka masa panjang.

14 hours ago
7













![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-13.webp)






























