Dulu Dipuji… Ini Kisah Di Sebalik Nama Vikneswaran Yang Mencetuskan Tanda Tanya

5 hours ago 2

Daripada dikenali sebagai individu yang bersungguh mahu mendalami agama, kini namanya terheret dalam satu kes yang mendapat perhatian negara. Kes ini bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Dari Lembut Tutur Kata Ke Kontroversi Besar

MURAI sendiri terdiam bila membaca pendedahan pendakwah Firdaus Wong mengenai Vikneswaran a/l Selvanathan. Menurutnya, individu ini sebelum ini digambarkan sebagai seorang yang sopan santun, lembut tutur kata dan tidak menunjukkan sikap agresif. Malah, katanya lagi, Vikneswaran yang beria-ia menghubunginya di Instagram, mesej bertalu-talu kerana mahu dibimbing memeluk Islam. Kesungguhan itu yang buat ramai terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.

Dilaporkan Peluk Islam April 2025, Guna Nama Muhammad Zain

Lebih mengejutkan, Vikneswaran didakwa memeluk Islam pada 20 April 2025 dan menggunakan nama Muhammad Zain. MURAI faham kenapa ramai persoalkan perubahan drastik ini. Firdaus sendiri mengakui terkejut dan tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku? Adakah diprovokasi, dihasut atau ada perkara lain yang kita tidak tahu?

Foto – Instagram @firdauswong

Gambar Di Threads Cetus Kemarahan Ramai

Kontroversi tercetus selepas tular gambar memijak al-Quran yang dimuat naik di aplikasi Threads menggunakan nama akaun “ryandaselva”. Tindakan itu disifatkan melampau kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan boleh menggugat keharmonian negara. MURAI tak nafikan, isu agama memang perkara serius yang tak boleh dipandang ringan.

Kerajaan Kecam, Siasatan Diarah Tanpa Kompromi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengecam sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyifatkannya sebagai biadab serta menghina agama Islam. Beliau mengarahkan siasatan segera oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) yang akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia. Tegasnya, tiada kompromi dalam isu menyentuh sensitiviti agama.

Ditahan & Bakal Didakwa 3 Mac 2026

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah ditahan bagi membantu siasatan. Vikneswaran dijangka didakwa pada 3 Mac 2026 atas dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MURAI nak pesan satu saja, dalam isu sensitif seperti ini, biar undang-undang jalankan tugas. Emosi mungkin memuncak, tapi keharmonian negara lebih utama.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |