DOLLA Terbang Ke Paris! Misi Tawan Pentas Antarabangsa Bermula Oktober Ini

20 hours ago 11

Kalau sebut nama DOLLA, memang ramai tahu mereka antara girl group paling menyerlah di Malaysia sekarang. Kali ini, mereka bukan sekadar buat comeback, tetapi bakal membawa nama negara ke pentas antarabangsa apabila diumumkan sebagai salah seorang artis yang akan membuat persembahan di The A Festival di Paris pada 24 dan 25 Oktober 2026.

DOLLA: Era Baharu, Impian Lebih Besar

DOLLA Terbang Ke Paris! Misi Tawan Pentas Antarabangsa Bermula Oktober Ini

Pengumuman ini hadir serentak dengan pembukaan era baharu DOLLA yang diberi nama CHAOTIC. Lebih menarik, mereka turut melancarkan single terbaharu G.O.A.T yang menampilkan penyanyi rap terkenal Thailand, F.HERO.

Kolaborasi rentas negara ini jelas menunjukkan DOLLA semakin serius mengembangkan pengaruh mereka di peringkat Asia dan global.

DOLLA Terbang Ke Paris! Misi Tawan Pentas Antarabangsa Bermula Oktober Ini

Bagi MURAI, ini bukan sekadar satu persembahan biasa. Bila artis tempatan diberi peluang berada dalam festival yang menghimpunkan peminat, penggiat industri dan artis dari seluruh dunia, ia secara tidak langsung membuka lebih banyak ruang untuk muzik Malaysia dikenali di luar negara.

Malaysia Ada Bakat, Tinggal Nak Bersinar

DOLLA Terbang Ke Paris! Misi Tawan Pentas Antarabangsa Bermula Oktober Ini

Penyertaan DOLLA di The A Festival boleh dianggap sebagai satu lagi pencapaian besar dalam perjalanan kerjaya mereka. Selain memperkenalkan identiti muzik pop Malaysia kepada audiens antarabangsa, ia juga membuktikan artis tempatan mampu berdiri sebaris dengan nama-nama global jika diberi platform yang tepat.

Inilah masa terbaik untuk kita terus menyokong karya anak tempatan. Siapa tahu, selepas ini lebih ramai artis Malaysia akan mengikut jejak langkah DOLLA dan membawa industri muzik negara ke level yang lebih tinggi. Apa pun, all the best buat DOLLA. Semoga pentas Paris nanti menjadi satu lagi sejarah manis buat muzik Malaysia.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

4

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |