Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, berita ini pastinya membuatkan ramai tersenyum lebar. Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua lebuh raya utama sempena musim perayaan tahun ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, yang memaklumkan bahawa inisiatif berkenaan bertujuan membantu rakyat mengurangkan kos perjalanan ketika pulang ke kampung halaman untuk meraikan Syawal bersama keluarga tersayang.
Perdana Menteri, Dato Seri Anwar IbrahimMenurut beliau, kerajaan memperuntukkan RM21.03 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi melaksanakan diskaun tersebut.
“Inisiatif ini membabitkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol” katanya.
Berkuat Kuasa Selama Dua Hari
Diskaun tol ini akan mula berkuat kuasa pada:
18 Mac 2026 (Rabu), jam 12.01 tengah malam hingga 19 Mac 2026 (Khamis), jam 11.59 malam.
Sepanjang tempoh tersebut, pengguna lebuh raya boleh menikmati potongan tol sebanyak 50 peratus bagi kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya utama di Malaysia.
Bagaimanapun, terdapat dua lokasi yang tidak terlibat dalam pelaksanaan diskaun ini iaitu:
- Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar
- Plaza Tol Tanjung Kupang Toll Plaza di Malaysia–Singapore Second Link
Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat merancang perjalanan pulang ke kampung dengan kos yang lebih rendah, terutama ketika musim perayaan yang sememangnya menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya.
4,000 Individu Bakal Dibebaskan Daripada Kebankrapan
Sekadar info tambahan, kerajaan juga mengumumkan satu lagi berita yang cukup melegakan ramai pihak.
Kerajaan MADANI melalui Jabatan Insolvensi Malaysia akan melaksanakan proses pelepasan kebankrapan secara ‘fast track’ sempena Aidilfitri.
Menerusi langkah ini, kira-kira 4,000 individu dijangka dibebaskan daripada status bankrap, dengan keutamaan diberikan kepada ibu dan bapa tunggal.
Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat keluar daripada tekanan kewangan serta memberi peluang kedua untuk memulakan kehidupan yang lebih stabil.
Rakyat Disaran Berbelanja Secara Berhemah
Dalam masa sama, Anwar Ibrahim turut menasihatkan rakyat supaya mengurus kewangan dengan bijak ketika membuat persiapan Aidilfitri.
Ini kerana keadaan ekonomi global masih tidak menentu dan semua pihak perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Mewakili seluruh jentera Kerajaan MADANI, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Bagi Murai, berita diskaun tol ini memang antara yang paling dinanti-nantikan setiap kali musim perayaan.
Sekurang-kurangnya dengan diskaun 50 peratus ini, sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu menempuh perjalanan jauh. Apa pun, kepada yang merancang perjalanan pulang ke kampung nanti, pastikan memandu dengan berhati-hati dan rancang perjalanan lebih awal. Yang penting, selamat sampai ke destinasi dan dapat beraya bersama keluarga tercinta.

7 hours ago
7















![[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-6-2.webp)


























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)




![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)


