Siapa sangka aktiviti menonton drama kegemaran kini boleh membawa pulang sebuah kereta baharu? Itulah peluang yang ditawarkan menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top!, program ganjaran terbesar pernah diperkenalkan oleh Tonton dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000.
Kempen yang berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026 itu memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata hanya dengan menstrim kandungan terpilih di platform berkenaan. Lebih banyak masa diluangkan untuk menonton, lebih tinggi peluang untuk menduduki carta teratas dan membawa pulang hadiah lumayan.
GAC Emkoo Antara Hadiah Utama
Antara hadiah utama yang menjadi perhatian ialah sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo serta dua buah TQ Wuling Bingo EV. Selain itu, peserta juga berpeluang memenangi 70 unit telefon pintar Oppo dan 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.
Lebih menarik, seramai 298 pemenang akan diumumkan bagi setiap kitaran dua minggu sepanjang kempen berlangsung. Pemenang terdiri daripada kategori Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai peserta untuk meraih kemenangan.
Untuk menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga bulan atau 12 bulan sebelum mula mengumpul mata melalui tontonan drama yang ditetapkan. Sistem kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada setiap penghujung kitaran dua minggu bagi memastikan persaingan kekal sengit dan adil.
Dalam usaha membantu pengguna mengumpul mata dengan lebih pantas, Tonton turut memperkenalkan ciri Turboost, iaitu sistem gandaan mata khas pada setiap hujung minggu. Pengguna yang menstrim kandungan terpilih pada hari Sabtu dan Ahad akan menerima mata berganda secara automatik.
Selain itu, pelanggan juga boleh menambah kutipan mata tanpa had menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga dan rakan-rakan. Setiap hadiah langganan tiga bulan menawarkan 100 mata bonus manakala hadiah langganan 12 bulan pula memberikan 400 mata bonus.
Dengan gabungan hiburan dan ganjaran menarik, Tonton Non Stop, On Top! dijangka menjadi antara kempen paling meriah tahun ini. Jadi, bagi peminat drama tempatan, inilah masanya untuk menonton tanpa henti sambil memburu peluang membawa pulang kereta idaman dan pelbagai hadiah menarik lain.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

18 hours ago
7















![[VIDEO] Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-79.webp)


![[VIDEO] Marah Paparazi Di Hospital, Sikap Salman Khan Jadi Bualan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-31-1.webp)



















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)











