Desaru Coast Terus ‘Level Up’, Jadi Tuan Rumah Kejohanan Golf Dunia 2026

16 hours ago 5

Kalau selama ini Desaru Coast cukup dikenali dengan pantai yang cantik dan resort mewah, nampaknya destinasi ini kini semakin serius mengukuhkan namanya sebagai lokasi sukan bertaraf antarabangsa.

Terbaharu, Desaru Coast diumumkan sebagai tuan rumah World Amateur Golfers Championship (WAGC) World Final 2026, yang bakal berlangsung dari 23 hingga 31 Oktober 2026. Kejohanan itu dijangka menghimpunkan kira-kira 650 pemain golf amatur dan delegasi dari lebih 50 negara.

Johor Makin Jadi Pilihan Penganjur Antarabangsa

Bagi MURAI, pemilihan Desaru Coast bukan sesuatu yang mengejutkan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, destinasi tersebut semakin kerap menjadi lokasi acara sukan bertaraf antarabangsa seperti IRONMAN 70.3 Desaru Coast dan L’Étape Malaysia by Tour de France.

Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn. Bhd., Izrin Hashim berkata, penganjuran WAGC membuktikan keyakinan penganjur antarabangsa terhadap kemudahan, layanan hospitaliti serta keupayaan Desaru Coast menganjurkan acara berskala besar.

Bukan Golf Semata-Mata

Apa yang menarik, pengunjung bukan sekadar datang untuk menyaksikan kejohanan golf. Sepanjang acara berlangsung, mereka turut boleh menikmati Festival Village yang menampilkan pasar tempatan, persembahan kebudayaan, bengkel kreatif serta pelbagai aktiviti gaya hidup yang memperkenalkan keunikan Johor.

Malah, Desaru Coast menawarkan lebih 20 pilihan restoran, resort tepi pantai bertaraf mewah, pengalaman kesihatan dan tarikan mesra keluarga yang menjadikan percutian lebih lengkap.

Suntikan Untuk Tahun Melawat Johor 2026

Penganjuran kejohanan ini juga dilihat mampu memberi impak positif kepada ekonomi setempat menerusi peningkatan kedatangan pelancong dari luar negara. Dalam masa sama, ia menjadi antara acara penting yang menyokong kempen Tahun Melawat Johor 2026, sekali gus mengangkat Desaru Coast sebagai antara destinasi sukan dan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di rantau Asia.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |