Menjadi seorang selebriti bukanlah mudah. Bagi orang ramai, mungkin pekerjaan ini memberikan kemewahan dan kehidupan glamor, tetapi bagi mereka yang bergelar selebriti- pekerjaan ini memerlukan banyak pengorbanan untuk memberikan yang terbaik.
Perkara ini turut dialami oleh Deepika Padukone, di mana aktres ini mendedahkan dia diminta untuk melakukan implan payudara ketika memasuki dunia hiburan pada usia 18 tahun.

Kongsinya ada beberapa pihak memberi komen terhadap fizikalnya, terutamanya bentuk payudara. Deepika mengatakan dia diminta untuk melakukan implan payudara supaya dia menjadi lebih seksi dengan saiz yang besar.
“Itu nasihat yang paling teruk saya pernah terima. Saya diminta untuk dapatkan implan payudara?! Bayangkan saya berumur 18 tahun dan saya sering terfikir, bagaimana jika saya mengambilnya secara serius?”
Walau bagaimanapun, Deepika yang ketika itu agak muda, tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Dia mempunyai personaliti yang cukup kuat dan percaya dengan kecantikan tubuhnya sendiri.
“Salah satu nasihat terbaik yang saya terima adalah daripada Shah Rukh Khan. Dia berkata, bekerja dengan orang yang anda tahu boleh menghargai anda dengan betul, dengan orang yang boleh membuat anda selesa dan gembira. Kerana apabila anda menjalani penggambaran filem, anda juga menjalani kehidupan, kehidupan orang lain daripada watak yang anda lakonkan. Anda memerlukan tenaga dan mood yang positif.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.