Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

19 hours ago 10

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura berada dalam keadaan dingin.

Tampil bersuara, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad, menegaskan bahawa hubungan mereka berada dalam keadaan baik sejak dahulu lagi.

Foto – @nabilzira (IG) / @missfazura (IG)

“Hubungan saya dan Fazura memang sangat baik. Kami pernah bekerjasama sebelum ini, cuma saya sendiri terlupa pernah menjalani penggambaran dan menjayakan program bersama.

Jadi apabila kami bertemu semula di Jakel, Alhamdulillah apa yang dirancang mendapat perhatian dan menjadi sebutan. Saya gembira kerana hubungan baik itu masih kekal antara kami.”

Jelasnya lagi, terdapat segelintir pihak didakwa cuba melaga-lagakan hubungan mereka. Manakala dirinya pula tidak mahu membaca komen di media sosial demi menjaga kesihatan mental.

“Tapi saya ada dengar mengenai pihak (netizen) cuba-cuba melagakan, mewujudkan kebencian dan sebaliknya. Jadi lebih baik tidak ambil tahu. Itu hanya persepsi orang sebab saya tiada Threads, jadi tak baca komen untuk menjaga kesihatan mental sendiri.”

Pada masa yang sama, Nabil turut berkongsi mereka pernah bekerjasama sebelum ini dan mengakui hubungan mereka sangat rapat.

“Antaranya program ‘Bujang Terlajak’ bersama Apek Senario. Apabila video lama itu dimainkan semula, barulah saya teringat dulu kami agak rapat juga.”

Tidak cukup dengan itu, Nabil Ahmad turut mengulas mengenai hubungan akrab antara Nur Fazura dan pelakon Que Haidar, sebagai duta Jakel kali ini yang menjadi perbualan ramai. Walaupun tidak tahu sejauh mana hubungan terjalin, Nabil akui dia turut teruja melihat chemistry antara mereka berdua.

“Memang ada momen yang orang kata ‘cuteness overload’ (kecomelan melampau). Sebagai kawan, apabila melihat sesuatu yang berbunga-bunga di set, kita rasa seronok dan teruja melihat keserasian itu. Saya tidak pasti sama ada semua itu dirancang atau tidak tetapi apabila melihat mereka duduk dan berbual di sebalik tabir sementara menunggu kamera disiapkan, hubungan mereka kelihatan ikhlas, insya-Allah.”

Untuk makluman, dalam perkembangan lain Nabil turut muncul dalam video muzik penyanyi Nabila Razali iaitu ‘Tak Sabar Nak Raya’ yang bakal dilancarkan esok.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |