Satu perkongsian di Reddit mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pelanggan mendakwa menerima kurang daripada 20 ketul popcorn chicken walaupun membuat pesanan snek ‘sharing’ untuk empat orang menerusi aplikasi penghantaran makanan.
Menurut pelanggan tersebut, hidangan buttermilk popocorn chicken yang dipesan tidak setimpal dengan harga sekitar RM26 hingga RM30 termasuk caj penghantaran.
Malah, pelanggan itu mendakwa kuantiti yang diterima terlalu sedikit untuk dikongsi empat individu.
Ordered buttermilk popcorn chicken on grab
byu/yoyoelie inmalaysia
Kuantiti Dipersoal, Pampasan RM6 Diberi
Pelanggan itu memaklumkan bahawa dia sudah membuat aduan kepada pihak platform penghantaran. Namun, permohonan bayaran balik penuh tidak diluluskan atas alasan pihak berkenaan “tidak dapat mengenal pasti kualiti makanan yang dipersoalkan”.
Sebagai ganti rugi, pelanggan itu menerima baucar pampasan bernilai RM6. Aduan susulan turut dihantar dengan harapan isu berkenaan dapat diselesaikan secara lebih adil.
Dalam perkongsian sama, pelanggan menjelaskan bahawa sos buttermilk diterima, namun dalam bekas kecil yang disifatkan tidak mencukupi untuk empat orang walaupun dia telah meninggalkan nota meminta tambahan sos.
Netizen Persoal Harga dan Nilai
Ruangan komen menyaksikan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap harga makanan yang dianggap semakin tidak munasabah.
Ada yang menyifatkan harga tersebut terlalu tinggi untuk kuantiti kecil, malah mendakwa dengan jumlah yang sama, pengguna boleh membeli seekor ayam dan menyediakan hidangan sendiri di rumah.
Tidak kurang juga yang berkongsi strategi berjimat dengan hanya membuat pesanan ketika promosi seperti diskaun “Hot Deals” atau baucar penghantaran percuma.
Sebahagian pengguna berpendapat harga asas makanan di platform penghantaran mungkin telah diselaraskan dengan mengambil kira promosi yang kerap ditawarkan.
via Thread /@WeedWeeb
via Thread /@djcor
via Thread /@netofhellKetelusan dan Standard Hidangan
Perkongsian ini sekali lagi membuka ruang perbincangan mengenai ketelusan kuantiti hidangan dalam platform penghantaran makanan.
Tanpa standard yang jelas atau visual perbandingan saiz, pengguna bergantung sepenuhnya kepada deskripsi menu dan kepercayaan terhadap jenama.
Walaupun setiap pengalaman pelanggan berbeza dan tidak mewakili keseluruhan operasi mana-mana pihak, isu seperti ini menunjukkan pentingnya komunikasi yang lebih telus antara peniaga, platform dan pengguna.
Dalam era kos sara hidup yang semakin meningkat, soal nilai untuk wang bukan lagi sekadar rungutan keciL tetapi menjadi pertimbangan Utama sebelum menekan butang “place order”.

11 hours ago
7




![[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/4fdb3264-9382-491d-8b1c-53daa2f0bb36.webp)
![[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-19-at-13.56.21.webp)








![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

![[VIDEO] ‘Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh’- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-17-at-5.36.52-PM.webp)

![[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/3c639c51-ee2c-48b0-8874-b2f7aa047955.webp)






























