Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran istimewa sempena hari lahirnya pada 9 Mac, hari ini.
Che Ta, menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya memegang sebiji kek berwarna merah jambu sambil dikelilingi jambangan bunga bagi meraikan hari istimewanya itu.
“Forever young la hampaa 😋. Hari ini saya meraikan diri saya, perjalanan saya. Semoga lebih banyak ketawa, kasih sayang dan hadiah kecil untuk diri saya sendiri.”-titip Che Ta di Instagram
“Sis Tetap Nampak Muda..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti dilihat memberikan ucapan hari lahir buat Che Ta, malah ramai yang menyifatkan pelakon ini kelihatan berseri-seri biarpun sudah memasuki usia 50-an
“Happy birthday hampa, forever 35 lah ye 😍🎂.”-Zahida Rafik
“Happy Forever Young Kakak 😍.”-Haiza Hanafi
“Yang mana satu yang mudanya, bunga ke awak 😜”
“Ya Allah, di Hari ulang tahun dia, Kau senangkanlah dia, Kau tenangkanlah dia, Kau bahagiakanlah dia, Kau sihatkanlah tubuh badan, fizikal & mental dia, Kau panjangkan usia dia, Kau sayangilah dia, Kau jagalah dia, Kau lindungilah dia, Kau makbulkanlah doa dia. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamii.”
“Happy Birthday yg ke 35 Che Ta…memang forever young and pretty 🎂😍😍😍.”
“Happy Birthday Sis! 🎂✨ yang ke 53 🤩 umur memang makin bertambah, tapi jangan risau… Sis tetap nampak muda ( kalau orang tanya, kita jawab 35 je ya 😜 ) Semoga sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. Enjoy your special day sis !”
Sekadar info, Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

5 hours ago
2



![[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-54.webp)
![[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-55.webp)






































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)


