“Boleh Hidup Bahagia & Abai Anak”- Norreen Iman Marah Bekas Suami?

5 hours ago 3

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran berkaitan provokasi dan tanggungjawab seorang bapa di platform Threads.

Menerusi hantaran pertamanya, Norreen mengakui menerima banyak provokasi daripada pelbagai pihak. Menurutnya, provokasi yang dilontarkan di media sosial itu tidak berkait dengan kehidupan peribadinya.

“Provokasi semakin menjadi. Banyak fitnah pun tercetus. Semua perkara ini berlaku dan bukannya berkaitan dengan perubahan saya. Itulah media sosial. Teruskan tersenyum, dan kita tidak sepatutnya mencari sebarang pengesahan daripada orang. Akhir sekali, semoga berjaya.”

Manakala dalam hantaran seterusnya, Norreen berharap bekas suaminya, Mohd Razzi, dapat memahami bahawa tanggungjawab seorang bapa tidak berakhir walaupun sudah bercerai.

“Saya harap dia (Razzi) faham tanggungjawab terhadap anak-anak. Dia boleh hidup seperti apa sahaja dia mahukan hahaha lebih bahagia lebih baik. Tetapi keberanian untuk hidup bahagia dan mengabaikan mereka (anak-anak), sabajap.”

Walaupun Norreen tidak menyebut secara langsung nama Razzi, tetapi ramai yang mempercayai bahawa hantaran itu dituju khas untuk bekas suaminya.

Untuk rekod, Norreen Iman dan Mohd Razzi telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan bercerai talak satu pada 2026. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |