Biasiswa RM1.3 Juta Untuk Anak Negeri Sembilan, Lepasan SPM & STPM Ada ‘Plan B’

11 hours ago 5

Bagi ramai lepasan SPM dan STPM, fasa menunggu keputusan UPU memang boleh buat rasa berdebar. Dalam tempoh inilah ramai pelajar mula fikir, “Kalau tak dapat pilihan pertama, nak buat apa selepas ini?”

Nampaknya anak-anak Negeri Sembilan kini ada satu lagi pilihan apabila Kerajaan Negeri Sembilan bekerjasama dengan Uni Enrol menerusi Program Biasiswa Aspirasi Negeri Sembilan 2026 bagi membuka lebih banyak peluang melanjutkan pengajian tinggi.

Bukan Sekadar Biasiswa, Tapi Bantu Cari Jalan

Melalui program ini, kira-kira 29 biasiswa bernilai RM1.3 juta bakal ditawarkan kepada pelajar yang layak. Menariknya, ia bukan hanya untuk pelajar yang mempunyai keputusan akademik cemerlang sahaja, malah turut memberi peluang kepada mereka yang mempunyai latar belakang mencabar atau menyerlah dalam bidang sukan.

Bagi MURAI, perkara paling menarik mengenai inisiatif ini adalah ia hadir pada waktu yang tepat. Sebabnya, ramai pelajar mungkin rasa buntu apabila keputusan UPU tidak seperti yang diharapkan. Jadi, kewujudan “Plan B” yang berkualiti memang boleh jadi penyelamat untuk teruskan perjalanan pendidikan.

Buka Lebih Banyak Peluang Untuk Anak Negeri Sembilan

Program ini turut mendapat sokongan beberapa institusi pendidikan seperti IMU University, Multimedia University, Universiti Tunku Abdul Rahman, HELP University, Dasein Academy of Art, Forward College dan First City University College.

Selain bantuan kewangan, penerima biasiswa juga akan menerima bimbingan pendidikan, padanan institusi pengajian tinggi serta sokongan sepanjang proses permohonan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, pendidikan merupakan pelaburan penting untuk masa depan negeri dan inisiatif ini diharap dapat membantu lebih ramai anak muda merealisasikan impian mereka.

Dengan kos pendidikan tinggi yang semakin menjadi perhatian ramai keluarga, usaha seperti ini memang satu langkah yang positif. MURAI rasa, lebih banyak peluang seperti ini diperlukan supaya bakat muda tidak terhenti hanya kerana faktor kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Program Biasiswa Aspirasi Negeri Sembilan 2026. 

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

3

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |