Golongan usahawan wanita di Kelantan kini mempunyai satu lagi peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing apabila permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2026 rasmi dibuka bermula 2 Mac ini.
Inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini khusus menyasarkan peniaga kecil wanita di seluruh negeri tersebut, termasuk usahawan OKU wanita yang ingin memperkukuh atau menaik taraf peralatan perniagaan mereka.
Bantuan ini bukan berbentuk tunai, sebaliknya diberikan dalam bentuk peralatan perniagaan dengan nilai maksimum sehingga RM2,500, bergantung kepada kelulusan pihak kerajaan negeri.

Apa Itu Tabung Usahawan Wanita Kelantan?
Secara ringkasnya, tabung ini diwujudkan untuk membantu wanita yang sudah menjalankan perniagaan tetapi memerlukan sokongan tambahan dari segi peralatan.
Sama ada perniagaan makanan, jahitan, bakeri, kecantikan atau lain-lain sektor kecil, bantuan ini bertujuan memberi suntikan semangat serta kemudahan asas supaya operasi dapat dijalankan dengan lebih efisien dan tersusun.
Bagi ramai usahawan mikro, mesin baharu atau kelengkapan tambahan boleh menjadi game changer untuk meningkatkan produktiviti.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka selama hampir sebulan iaitu:
- 2 Mac 2026 hingga 26 Mac 2026
Tempoh ini agak terhad, jadi pemohon digalakkan untuk merancang dan mendapatkan borang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan saat akhir.
Jumlah Bantuan
Bantuan maksimum yang ditawarkan adalah:
- Sehingga RM2,500
Namun begitu, kadar sebenar bantuan adalah tertakluk kepada kelulusan dan penilaian pihak kerajaan negeri. Penting untuk difahami bahawa bantuan ini hanya dalam bentuk peralatan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
@wanrohimiwandaudPenyerahan Bantuan Tabung Usahawan Wanita, iaitu bantuan peralatan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu para usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bantuan ini diberikan dalam bentuk peralatan perniagaan mengikut keperluan mereka. Agihan ini dibuat secara berperingkat dan pagi tadi seramai 5 peniaga wanita DUN Melor telah menerima barangan perniagaan mereka sebagaimana permohonan. Semoga terus maju dalam apa jua perniagaan yang dilakukan, niatkan urusan berniaga atau bekerja itu sebagai ibadah kepada Nya, semoga beroleh keberkatan dan redha Nya disamping rezeki yang penuh barakah. Amiin 🤲 #tabungusahawanwanita #ukekwa #melor #kelantan #Kebajikan #Keberkatan #kemakmuran #bantuanperniagaan #wanitakelantan #MembangunBersamaIslam #melorsejahtera
♬ original sound – Wan Rohimi Wan Daud – Wan Rohimi Wan Daud
Syarat Permohonan
Antara syarat utama yang perlu dipenuhi:
- Usahawan kecil wanita atau usahawan OKU wanita sahaja
- Berumur 18 hingga 60 tahun
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Kelantan
- Tidak pernah menerima bantuan Tabung Usahawan Wanita sebelum ini
- Permohonan maksimum RM2,500 sahaja
Syarat ini diwujudkan bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasaran yang layak.
Cara Memohon
Permohonan perlu dibuat secara fizikal melalui borang rasmi yang boleh diambil di:
- Tingkat 2, Bangunan UTC
Jalan Hamzah, Kota Bharu
(Bahagian Agensi Kerajaan Negeri, Kaunter Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita)
Waktu operasi:
- Ahad hingga Khamis, 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pemohon juga boleh merujuk kepada Unit Kemahiran Wanita di bawah Unit Kemahiran Wanita Kelantan yang sering berkongsi perkembangan terkini menerusi saluran rasmi mereka.
Bagi Murai, bantuan seperti ini walaupun nilainya tidak terlalu besar, tetap signifikan untuk usahawan kecil yang sedang membina tapak perniagaan. Kadangkala mesin baharu, peti sejuk tambahan atau peralatan khusus boleh buka ruang untuk menerima lebih banyak tempahan dan meningkatkan pendapatan bulanan.
Apa yang penting, gunakan peluang ini sebaiknya dan pastikan dokumen lengkap sebelum menghantar permohonan. Jangan tunggu saat akhir kerana kebiasaannya permohonan akan meningkat menjelang tarikh tutup.

6 hours ago
2

















































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)