Berita melegakan buat peniaga kecil di ibu kota apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan pengurangan kadar sewaan tapak penjaja dan premis perniagaan kecil di bawah seliaannya sebanyak 50 peratus.
Inisiatif tersebut akan berkuat kuasa bermula 1 April 2026 sehingga 31 Disember 2027, sekali gus dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja dan peniaga mikro di sekitar Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, berkata inisiatif berkenaan dijangka memberikan manfaat kepada lebih 10,000 tapak penjaja dan premis perniagaan kecil milik DBKL sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos operasi yang dihadapi mereka.
“Inisiatif ini sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos operasi dihadapi penjaja dan peniaga mikro di bandar,” katanya pada sidang media Pengumuman Pemotongan Sewa 50 Peratus Tapak Penjaja di Pusat Penjaja Permaisuri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah YeohBantu Peniaga Hadapi Tekanan Kos Sara Hidup
Menurut Hannah Yeoh, langkah ini diambil bagi membantu penjaja dan peniaga kecil menghadapi tekanan kos operasi yang semakin meningkat.
Katanya, ketidaktentuan ekonomi global termasuk kenaikan harga minyak dunia serta kos logistik turut memberi kesan kepada perniagaan kecil di bandar.
“Langkah itu adalah pendekatan sementara bagi membantu peniaga kecil menghadapi tekanan kos sara hidup semasa, selain mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan dasar yang dilaksanakan memberi kelegaan nyata kepada peniaga kecil,”katanya.
Melalui pengurangan kadar sewa ini, peniaga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit beban perbelanjaan bulanan.
Kadar Minimum Sewa RM50 Sebulan
Walaupun pengurangan sebanyak 50 peratus diberikan, kadar sewaan minimum yang dikenakan kepada penyewa tetap ditetapkan pada RM50 sebulan.
Sebagai contoh:
- Jika sewa asal RM160, selepas potongan 50% menjadi RM80
- Jika sewa asal RM80, potongan matematik menjadi RM40, namun kadar sebenar dikenakan ialah RM50
- Jika sewa asal RM30, kadar tersebut akan kekal RM30 tanpa perubahan
Langkah ini diambil bagi memastikan keseimbangan antara bantuan kepada peniaga serta keupayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk terus menyediakan kemudahan kepada warga kota.
Via Facebook Rasmi Hannah YeohSyarat Untuk Nikmati Insentif
Namun begitu, penyewa yang ingin menikmati pengurangan kadar sewa ini perlu memenuhi satu syarat penting iaitu menjelaskan sebarang tunggakan sedia ada terlebih dahulu.
Menurut Hannah Yeoh, syarat ini penting kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pemohon lain yang ingin mendapatkan tapak penjaja dan premis perniagaan milik DBKL.
Via Facebook Rasmi Dewan Bandaraya Kuala LumpurAntara PBT Terawal Laksana Inisiatif
Langkah ini juga menjadikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara pihak berkuasa tempatan terawal di Malaysia yang melaksanakan pengurangan kadar sewa secara menyeluruh pada skala besar.
Inisiatif tersebut juga selaras dengan usaha Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat khususnya golongan peniaga kecil menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagi Murai, langkah DBKL ini memang satu berita baik buat penjaja dan peniaga kecil di ibu kota. Dalam keadaan kos bahan mentah dan kos operasi semakin meningkat, pengurangan sewa seperti ini sekurang-kurangnya boleh memberi sedikit ruang kepada peniaga untuk terus bertahan dan menjalankan perniagaan.

5 hours ago
7
![[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-6-2.webp)
















![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)




![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)


