“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

15 hours ago 7

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya.

Kongsi Aliff di Instagram, dia menyatakan bahawa ramai yang tidak percaya bahawa ini adalah kali pertama dia bakal mengecat seluruh rumah agamnya setelah hampir sepuluh tahun tinggal di situ disebabkan kosnya yang amat mahal.

“Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali. Ramai tak percaya rumah saya ni hampir 10 tahun pindah dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya.

Okay sini papa cerita, mungkin ramai yang tak percaya, kos nak cat spray rumah amatlah mahal hampir mencecah RM250k.

Saya hampir tak percaya dengan kos yang agak mahal sebab itu pada tahun sebelum-sebelum ini saya hanya cat sendiri saja, tapi saya tak mampu untuk cat keseluruhannya. Saya hanya cat di bahagian bawah dan juga depan.

Baru saa tahu sebenarnya kos untuk cat rumah bukan mudah seperti yang saya jangkakan.”-kongsi Aliff di Instagram

Fikir Panjang Sebelum Beli Rumah

Tambahnya lagi, usahawan terkenal ini turut menitipkan pesanan untuk berfikir panjang sebelum membeli rumah kerana banyak kos yang harus ditanggung di masa akan datang.

“Sebelum beli rumah fikir juga selenggara tahunan sebab nak selenggara rumah bukan murah. Dulu saya berimpian untuk ada rumah yang besar seperti mahligai istana, tapi saya tak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang.

Saya bukan nak merungut, tetapi sebagai pedoman dan pengajaran kepada usahawan atau anak muda di luar sana supaya tidak salah percaturan seperti saya.

Masa muda memang darah berkobar-kobar nak kehidupan mewah. Dengar macam mewah, tapi hanya menghadapi tahu. Besar periuk, besarlah kawahnya.”-tulis Aliff lagi

Pelbagai Reaksi Netizen

Perkongsian Aliff mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat usahawan ini memberikan inspirasi kepada mereka.

“Kalau papa bisnes boleh dijadikan sebagai inspirasi, usahawan yang berjaya.”

“Betul tu papa memang inspirasi kami.”

“Takpe la Datuk, dalam rezeki Datuk ada rezeki orang lain jugak. Hasil dari mengecat rumah. Semoga dimurahkan rezeki selalu Aaminn.”

“Orang kaya pun mengaku, so kita yang belum kaya ni berpada-pada la ya nak memiliki sesuatu. Terutamanya rumah dan kereta.”

“Saya setuju dengan Dato, masa muda memang kita ghairah nak buat rumah besar, sekarang ni rasa menyesal, tapi bersyukur dengan rezeki Allah.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |