Bantuan Tunai Raya Aidifitri 2026- Semak Kelayakan Di Sini

7 hours ago 5

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. MURAI yakin ketika ini pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya.

Dan disebabkan oleh itu, kerajaan telah mula menyalurkan Bantuan Tunai bagi meringkan bebanan kewangan rakyat ketika membuat persiapan hari Raya.

Untuk makluman, Perdana Menteri Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Bantuan Tunai Raya Aidilfitri akan disalurkan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam serta pesara layak.

Jumlah Bantuan Tunai Raya Aidilfitri 2026

Berdasarkan kelayakan penerima, jumlah bantuan akan diberikan seperti:

1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2

  1. Isi rumah B40-  RM150 hingga RM600
  2. Isi rumah M40- RM100 hingga RM350
  3. Warga Emas- RM150

2. Bantuan Khas Kewangan (BKK)

  1. Penjawat awam (Gred 56 ke bawah/ Lantikan kontrak/ MyStep)- RM500
  2. Pesara/ Veteran (Berpencen/ Tak berpencen)- RM250

Tarikh Bayaran Bantuan 

Biasanya bayaran akan dibuat sebelum perayaan bagi memudahkan dan meringkan bebas penerima dalam membuat persiapan.

  1. STR Fasa 2- 10 Mac 2026 (Penerima Sedia Ada) dan 30 Mac 2026 (Penerima Baharu)
  2. BKK- 13 Mac 2026 (Semua penerima)

Semakan Kelayakan 

Untuk makluman, semakan perlu dibuat bagi penerima STR untuk mengetahui mereka layak atau tidak untuk menerima bantuan untuk Hari Raya Aidilfitri seperti:

  1. Layari laman web rasmi MySTR [TEKAN SINI]
  2. Masukkan nombor kad pengenalan di paparan “Selamat Datang Ke MySTR dan klik “Semak”
  3. Masukkan kata kunci keselamatan dan tekan butang “Ya”
  4. Masukkan kata laluan yang sah
  5. Klik pada butang “Log Masuk”
  6. Profil permohonan akan dipaparkan
  7. Terus ke bahagian “Semakan Permohonan”
  8. Status kelayakan bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan

Manakala untuk penerima BKK, penerima tidak perlu lagi menyemak kelayakan kerana ia akan diberikan secara terus kepada penjawat awam dan pesara.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), hubungi STR HASiL (1800 88 2747), STR MOF (0388824565/ 0388824566) atau e-mel STR ([email protected])

Semoga bermanfaat!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |