Pelakon dan usahawan, Syida Melvin menitipkan rasa syukur melihat bapanya, Amirol Melvin Abdullah yang berusia 80 tahun itu sangat kuat menghadapi kesemua kesakitan, baru-baru ini.
Syida menerusi hantaran di Instagram dan Thread, dilihat memuatnaik foto dia bersama bapanya yang duduk di atas kerusi roda itu menyatakan bahawa dia mahu membalas semula jasa bapanya selalu membawanya ke hospital ketika dia masih kecil kerana kerap mengalami Asma.
“Terima kasih hampa doakan ayah kami 🤍 Ayah kami semangat dia kuat wey, sangat kuat. Umoq dah 80, tapi Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk dia terus hadap semua penghapus dosa yang Allah bagi.
Ingat lagi dulu kecik-kecik, Cda selalu lelah… dari umur 6 tahun sampai lah 12 tahun memang kerap kena asthma. Sebulan sekali wajib rutin pi sedut Nebulizer. Ayah laaa orang yang sanggup tunggu dekat emergency hospital Parit Buntaq sampai lewat malam tunggu giliran nak masuk pi sedut neb.
Tengah-tengah malam pun bila anak dia semput, dia sanggup bawak pi , janji anak dia sehat. Tapi kena marah pun sama naik 😂 Sebab dia selalu tak bagi kami minum ayaq ais 🤣 Bila kena semput, dia la yang susah 🤣 Semoga kami jadi kuat macam Pakcik Melvin 🤍🫶🏻 Ni la detik-detik berharga sebagai anak kan? , balas balik apa jasa yang Ayah selalu buat untuk Cda dulu kan 🥺🙏🏻 Love you Ayah.”-kongsi Syida di media sosial

Netizen Titip Doa
Perkongsian Syida dibanjiri dengan komen para netizen dan rakan selebriti yang rata-ratanya menitipkan doa agar bapa Syida diberikan kesembuhan, malah ada yang sempat meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat pelakon ini masih mempunyai bapa.
“Saya jeles bukan sebab awak cantik, bukan sebab awak kaya, bukan sebab hal dunia, tapi saya jeles awak masih ada ayah. Ayah awak panjang usia 80 tahun. Saya dah 2 tahun tanpa abah.”
“Semoga uncle cepat sembuh dan sihat seperti sediakala, serta berbahagia bersama keluarga selalu. Amin.”
“Semoga pakcik Melvin cepat sihat. Sekarang kita pula nasihat kat mereka kan.. Jangan itu jangan ini.. Begitulah hidup.”
Apa komen anda?

5 hours ago
8






![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)


























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)












![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)

