‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

16 hours ago 7

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

Masih Belum Diberi Rezeki Cahaya Mata

Kongsi Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan menerusi hantaran di Threads, dia turut meminta anak perempuannya , Aisha untuk terus bersabar dan memberi peluang untuk dia dan suami untuk bekerja keras sepanjang tahun 2026.

“Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik baby. Tak ada rezeki lagi. Tak apa. Sabar ya sayang 2027 insyaAllah kita cuti, 2026 ni ibu ayah pulun kerja dahulu ya sayang.

Aisha gomoi je adik-adik sepupu dulu ya sayang.”-tulis Fasha Sandha di Threads

“Semoga Allah Bagi Adik Untuk Aisha..”

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat Fasha, malah ramai yang mendoakan agar pelakon drama bersiri Doa Yang Terlindung ini bakal menimang cahaya mata lagi.

“Wow mini Aidil is coming.”

“Semoga dimudahkan urusan kakakku.”

“Semoga Allah bagi adik untuk Aisha, Aisha jadi kakak.”

“InsyaAllah ada nanti tu sahabat.”

“Bukan ke Rabiatul Adawiyah dah bersalin minggu lepas?.”

“Semoga doa dimakbulkan.

Sekadar info, Fasha Sandha mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aidil Aziz pada 29 Mac 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih mesra disapa Jejai pada 27 April 2012 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan  dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Kami di Murai MY turut mendoakan buat Fasha Sandha dan juga suami agar diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang cahaya mata kelak..

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |