Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

7 hours ago 6

Isu video tular melibatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa dipukul oleh majikan mendapat perhatian ramai termasuk pempengaruh terkenal, Aisar Khaled yang tampil menawarkan bantuan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Aisar meluahkan rasa simpati selepas melihat rakaman yang memaparkan wanita tersebut dipercayai dilayan kasar oleh majikan. Dia turut berharap agar mangsa diberikan kekuatan serta mahu membantu sekiranya diperlukan.

“Sebagai warga Malaysia, sungguh saya prihatin dan sedih dengan apa yang terjadi. Semoga ibu cepat sembuh. Jika ibu lihat video ini, saya mahu bantu,” katanya menerusi video tersebut.

Bagaimanapun, tindakan Aisar itu turut mendapat perhatian Wak Doyok yang menasihatkan orang ramai agar tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan satu sudut pandangan.

Menerusi satu komen, Wak Doyok meminta agar isu tersebut dilihat secara menyeluruh kerana pihak majikan juga sudah berdepan tindakan undang-undang.

“Sedagher… jangan tengok dari sebelah pihak. Ya, keluarga itu pun sudah didakwa. Tentu ada sebab keluarga itu bertindak sedemikian. Dalam keadaan marah melihat anak-anak kecil didera, emosi kita tidak boleh dikawal,” tulisnya.

Sebelum ini, video yang memaparkan kejadian dipercayai melibatkan pasangan suami isteri memukul pembantu rumah warga Indonesia tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan ramai.

Susulan kejadian itu, dua pasangan suami isteri berusia antara 30 hingga 34 tahun telah ditahan polis di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi pada jam 7.30 malam.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Kes tersebut kini mendapat perhatian masyarakat yang berharap keadilan diberikan kepada semua pihak yang terlibat.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |