Siapa yang tak pernah pasang impian nak jejak kaki ke London? Bergambar depan Big Ben, jalan-jalan di Oxford Street, rasa suasana klasik kota penuh sejarah. Tapi selalunya, satu saja yang buat kita telan air liur, harga tiket.
Bukan mudah nak dapat tambang ke London dengan harga paling rendah. Lagi-lagi musim cuti atau hujung tahun. Silap-silap, harga tiket saja dah cukup buat kita tangguh impian.
Sebab itu, promosi terbaru daripada AirAsia kali ini memang buat ramai yang angkat kening.
Tunggu 1 Mac Ini, Kalau Nak Rebut Peluang

AirAsia memulakan tahun dengan antara promosi terbesarnya, diskaun sehingga 99 peratus bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan merentasi rangkaiannya.
Tempahan dibuka mulai sekarang hingga 1 Mac 2026, untuk tempoh perjalanan antara 1 Jun 2026 hingga 27 Mac 2027. Maknanya, kalau memang serius nak ke London dengan harga mampu milik, inilah waktu yang kena standby dan pantau betul-betul.
Tambahan pula, laluan jarak jauh dikendalikan oleh AirAsia X (kod D7), termasuk ke London dan beberapa destinasi baharu lain.
Hakikatnya, bukan selalu peluang macam ini muncul. Nak dapat harga terendah ke London memang perlukan timing yang tepat dan promosi masa terhad inilah antara peluang terbaik.
Kalau London Penuh, Destinasi Lain Pun Banyak
Kalau rezeki belum menyebelahi untuk London, jangan risau. Rangkaian AirAsia memang luas.
Antara destinasi menarik yang boleh dipertimbangkan termasuk:
- Osaka
- Sydney
- Istanbul
- Tashkent
- Bahrain
Atau kalau nak yang lebih santai dan tropika, boleh pilih destinasi seperti Krabi, Nha Trang atau Labuan.
Pilihan memang banyak, tinggal lagi cepat atau lambat saja buat keputusan.
Tambah Value Pack, Lagi Jimat

Sebagai bonus, ada juga potongan tambahan 10 peratus untuk tempahan Value Pack yang merangkumi hidangan, insurans perjalanan dan pemilihan tempat duduk. Namun tawaran ini sah semasa tempahan awal melalui aplikasi AirAsia MOVE dan tertakluk kepada ketersediaan.
Sejak 25 tahun lalu, AirAsia sudah menerbangkan hampir satu bilion tetamu ke seluruh dunia. Kali ini, dengan promosi yang meliputi semua laluannya, ia sekali lagi membuka ruang untuk lebih ramai orang mengejar impian, termasuk impian ke London yang selama ini nampak jauh dan mahal. Jadi, kalau memang berhajat nak tengok sendiri suasana kota London dengan harga mampu milik, mungkin ini masanya untuk bersedia.
Tinggal tunggu 1 Mac ini. Cepat siapa dia dapat.

17 hours ago
8











![[VIDEO] Ushera Hadir Dengan ‘Warna Warni Hari Raya’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/img_3290.webp)







![[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a85edd03-eddc-49da-a4ff-435bdde2f68b.webp)





























