[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff ‘Full House’

6 hours ago 6

Konsert pertandingan vokal ke?  Itulah persoalan yang tiba-tiba hangat diperdebatkan selepas berlangsungnya konsert 4 Decades Fauziah Latiff Live in Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

MURAI sendiri antara yang hadir menyaksikan persembahan istimewa sempena 40 tahun perjalanan seni Fauziah Latiff. Sepanjang malam itu, jujurnya berkali-kali juga terasa emosi naik turun bukan sebab nak “judge” vokal, tapi sebab terkenang memori yang dibawa melalui setiap lagu.

Namun, selepas konsert tamat, muncul pula pelbagai komen di Threads yang mengkritik nyanyian beliau. Lebih mengejutkan, ada yang memberi pendapat tanpa hadir sendiri ke konsert, sekadar menonton klip pendek di TikTok atau Instagram.

Antara komen yang tular berbunyi:

“Fauziah Latiff dah tak boleh menyanyi lagi. Konsert seperti semalam hanya akan menyiksakan diri & vokal beliau, ketika yang menontonnya sudah rasa tegang disebabkan strugglenya beliau memberi persembahan.”

Jujur cakap, selepas MURAI sendiri berada dalam dewan malam itu, terasa ramai yang mungkin tersalah faham maksud sebenar sesebuah konsert.

Konsert bukan seperti Anugerah Juara Lagu. Ia bukan pentas untuk cari siapa paling “power” atau siapa paling sempurna dari segi vokal. Peminat beli tiket bukan untuk jadi juri mereka datang untuk rasa.

Dan rasa itu tak boleh diukur hanya melalui video 30 saat di media sosial.

Mereka datang untuk vibe…

Bukti paling jelas? Dewan penuh. Lebih 3,000 peminat memenuhi ruang semuanya hadir dengan satu tujuan,  nak menikmati momen bersama figura yang mereka sokong selama ini.

Ya, mungkin dari sudut teknikal, ada kekurangan. Tapi peminat yang datang bukan semata-mata nak dengar vokal “perfect”. Mereka datang untuk vibe, energy, emosi dan pengalaman yang tak boleh dibeli di mana-mana platform digital.

Hakikatnya, ramai peminat sudah maklum kekurangan itu. Tapi mereka tetap memilih untuk hadir. Kenapa? Sebab nilai kenangan itu jauh lebih mahal daripada sekadar nota yang tepat.

Apa yang MURAI lihat malam itu, senyuman, nyanyian bersama, sorakan dan momen penuh emosi, itulah “kemenangan” sebenar sesebuah konsert.

Penganjuran konsert ini memang hampir sempurna

Dalam masa sama, harus diakui keseluruhan penganjuran konsert ini memang hampir sempurna. Dari awal hingga ke akhir, semuanya berjalan lancar dan tersusun.

Produksi pentas tampil eksklusif dan elegan, selari dengan status diva yang dibawa Fauziah. Rekaan pentas moden dengan susunan grafik yang kemas menambahkan lagi aura persembahan, apatah lagi dengan empat busana anggun hasil rekaan Ezuwan Ismail yang cukup memukau.

Iringan muzik di bawah kendalian Chaan bersama barisan pemuzik profesional pula memberi nafas hidup kepada setiap lagu. Persembahan tarian oleh Onstageproduction serta vokal latar daripada Azrin Music Studio menjadikan setiap segmen lebih dramatik dan menyentuh perasaan.

Ditambah pula dengan sistem audio dan pencahayaan oleh Sound Innovations, keseluruhan pengalaman konsert terasa cukup berkualiti dan memuaskan.

Mungkin ini masa untuk kita ubah perspektif, konsert bukan tempat untuk mencari kesempurnaan semata-mata, tetapi ruang untuk meraikan perjalanan, kenangan dan hubungan antara artis dan peminat.

Dan malam itu, Fauziah Latiff berjaya lakukan semua itu.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |