Sheila Rusly Perjelas Hubungan Sebenar Dengan Ibu Mentua- “Cuma Kurang…”

15 hours ago 7

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly kembali mencuri perhatian ramai apabila membuat pengakuan mengenai hubungan sebenarnya dengan arwah ibu mentuanya.

Menerusi responsnya di hantaran pelakon Sharifah Shahora di platform Threads, Sheila menjelaskan bahawa hubungannya dengan ibu mentua kurang rapat. Walau bagaimanapun, tiada unsur negatif seperti iri hati atau ketidakpuasan hati terlibat dalam situasi ini.

Untuk makluman semua, Sharifah Shahora bertanya kepada pengikutnya, penyebab timbulnya salah faham yang sering berlaku antara mentua dan menantu.

Foto – @sharifahshahora (Threads)

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman peribadi, Sheila mendedahkan dia lebih rapat dengan bapa mentua. Manakala hubungan dengan ibu mentuanya berada dalam keadaan baik, tetapi kurang ‘chemistry’.

“Kau (Sharifah Shahora) dengan mak mentua dulu ok kan? Takde isu busuk hati, iri hati or tak puas hati betul? Lain padang lain belalang/ Kalau kita ok tak bermakna yang lain pun ok. Aku tak close dengan mak mentua, bercakap pun kurang. Lebih close dengan ayah mentua. Takde istilah iri hati, cuma kurang chemistry.”

Untuk rekod, Sheila Rusly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Azman Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Jinggo atau Tok Sidang. Hasil perkahwinan 31 tahun, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |