ZUS Buddy: Work In Progress, Ubah Setiap Perjalanan Menjadi Koleksi Paling Bermakna!

14 hours ago 6

Dalam dunia yang nampaknya tidak pernah perlahan, ZUS COFFEE kembali memperkenalkan koleksi ZUS BUDDY: Work In Progress.

Kempen ini muncul tepat pada masanya untuk generasi pekerja hari ini bahawa pertumbuhan sedang berjalan dan semua orang masih dalam mod ‘Work In Progress’.

ZUS BUDDY: Work In Progress merangkumi pertumbuhan, ketidakpastian, dan realiti dewasa, mengiktiraf beban mental yang sering tidak dilihat. Ianya dipikul setiap hari untuk mengimbangi tanggungjawab dan jangkaan sambil menavigasi tekanan untuk menyelesaikan semuanya.

Memberikan sentuhan ceria pada hidangan kanak-kanak, ZUS memperkenalkan Kinda Adult Meal. Ianya set menu eksklusif Malaysia yang membayangkan semula set klasik untuk orang dewasa.

Setiap hidangan didatangkan dengan satu minuman dan satu item makanan baharu. Serta patung koleksi eksklusif ZUS BUDDY: Work in Progress daripada koleksi tersebut.

Diinspirasikan oleh emosi dan realiti kehidupan kerja moden yang boleh dikaitkan ramai, barisan ini menampilkan pelbagai koleksi yang cukup hipster.

Ianya diwakili oleh watak ZUS BUDDY seperti Blue Buddy, Pinky Boo, Frappe Fren, Bean Boss, Choco Chipster dan Porta Pal dalam pelbagai mod kerja. Dua watak rahsia baharu juga telah diperkenalkan, Zen Cha dan Mama Puff, menambah lapisan kejutan tambahan untuk peminat terokai.

Di samping itu, Grab Buddy ialah satu lagi watak edisi terhad yang disediakan untuk pesanan yang dibuat melalui Aplikasi Grab Food.

Koleksi disertakan dengan pembelian Minuman Kraftangan ZUS (tidak termasuk frappe) dengan butiran lanjut promosi di setiap negara di halaman media sosial rasmi ZUS COFFEE.

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang kempen ini, termasuk terma dan saluran yang mengambil bahagian, lawati halaman media sosial rasmi ZUS COFFEE.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |