Travel Nak Best, Beg Kena Betul! 5 Tip Pilih Luggage Tanpa Menyesal

13 hours ago 6

Musim cuti memang selalu buat ramai mula “mode travel on”. Tiket dah cari, itinerary dah siap, tapi satu benda yang selalu last-minutepilih luggage. Nampak remeh, tapi beg salah pilih boleh spoil satu trip.

Baru-baru ini, Airway memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, Mivo, menerusi acara eksklusif The Botanical Affair. Konsepnya bukan biasa-biasa, gabungan travel, seni dan rekaan estetik yang diinspirasikan daripada karya seni klasik dunia.

Mivo tampil sebagai “moving canvas” untuk pengembara moden. Setiap warna ada cerita: Smoky Blue diinspirasikan daripada Water Lilies Claude Monet, Canary Yellow daripada Sunflowers Vincent van Gogh, dan Charcoal Grey pula membawa aura kuat dan elegan Caspar David. Bukan setakat cantik, tapi siap dengan ciri moden seperti material 100% polycarbonate, expandable compartment, TSA lock, anti-theft zipper, 360° double spinner wheels dan telescopic handle berbilang tahap.

Tapi dalam hype luggage cantik macam ni, jangan lupapilih beg bukan sekadar rupa. Ini 5 perkara penting sebelum beli luggage, especially bila musim cuti dah dekat:

1. Material: Jangan terpedaya dengan luaran cantik

Luggage nampak sleek belum tentu tahan lasak. Cari material seperti polycarbonate yang ringan tapi kuat macam Mivo yang direka untuk tahan hentakan perjalanan jauh. Lagi banyak travel, lagi penting ketahanan.

2. Saiz ikut jenis trip, bukan ikut nafsu

Weekend getaway tak perlukan beg besar. Tapi kalau balik kampung atau travel luar negara, baru saiz besar relevan. Silap pilih saiz, nanti jadi beban angkat sendiri.

3. Keselamatan: TSA lock & anti-theft zipper wajib ada

Travel zaman sekarang bukan sekadar risiko hilang barang, tapi juga keselamatan. Sistem TSA lock dan zipper anti-kecurian jadi “extra protection” yang sangat penting, especially bila transit banyak negara.

4. Roda & mobility: 360° spinner memang game changer

Kalau pernah tarik luggage roda rosak, memang trauma. Roda 360° double spinner buat pergerakan jadi smooth tak kira jalan rata, licin atau sibuk di airport.

5. Fungsi tambahan: Expandable & handle ergonomik

Benda ini ramai orang overlook. Expandable compartment sangat berguna bila shopping lebih dari plan asal (jujur, siapa tak pernah?). Handle teleskopik berbilang tahap pula bantu kurangkan sakit tangan & bahu.

Musim cuti memang masa terbaik untuk travel, tapi juga masa paling ramai orang tersalah pilih luggage. Koleksi seperti Mivo daripada Airway menunjukkan bahawa beg kini bukan sekadar fungsi ia juga gaya, identiti dan pengalaman. Jadi sebelum click “checkout”, fikir dulu, beg ini sekadar cantik, atau betul-betul ready jadi partner travel anda?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

5

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |