Perkongsian pelakon jelita, Hannah Delisha mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya bersama suami sedang bercuti di Kepulauan Maldives, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Hannah di TikTok, turut memaparkan kompilasi video dirinya dari lapangan terbang sehinggalah ke salah sebuah resort mewah yang terletak di Kepulauan Maldives.
“Holding hands, holding memories Imam Shah.”-kapsyen ringkas Hannah Delisha di TikTok
@hannahdelishaofficialHolding hands, holding memories @Imam Shah 🤍🏝️🫶🏼 #maldives #jawakaramaldives
♬ Beautiful Things – Benson Boone
“Dia Pakai Tudung Selempang Macam Tu Je Pun Dah Cantik…”
Perkongsian Hannah mencuri perhatian netizen di ruangan komen, malah ramai yang terpegun melihat penampilan pelakon filem Langsuir yang tetap kelihatan anggun biarpun hanya mengenakan selendang jersey.
“Bestnya jadi cantik, shawl jersey je nyah.”
“Cita-cita nak badan macam Hannah Delisha tapi menu hari-hari nasi kerabu la, nasi minyak la. Mana mau nye.”
“Dia ni perfect sangat 😭, tak nak la fyp kat laki kita. Dia selalu cakap Hannah Delisha ni lawa perfect.”
“Dia pakai tudung selempang macam tu je pun dah cantik 😂😂.”
“Senangnya muka memang dah semulajadi cantik pakai jersey je. Kalau saya kena bawal baru ada seri, kalau tak macam tak mandi 😂.”
“Aku dok tengok muka Hannah Delisha je, tak tengok pun tempat-tempat tu.”
“Berlaki apabila pasangan pandai menghargai sesama sendiri dan paling penting cantikk.”
Sekadar info, Hannah Delisha mendirikan rumah tangga aktor kacak yang juga seorang pelakon, Iman Shah pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun menyulam cinta.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.