Mohd Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali lagi sebagai Zizan Razak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Sebut saja nama Zizan Razak pasti ramai yang mengenali beliau, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.
Populariti Zizan Razak meningkat selepas beliau memasuki pertandingan Rajalawak dahulu. Kemudian beliau terlibat dengan pengacaraan dan seterusnya melebarkan sayapnya di dalam Filem tempatan. Zizan Razak kini bahagia meluangkan masa bersama keluarga tercinta terutamanya ibunya, bagi Zizan Razak membahagiakan orang tersayang adalah perkara yang tidak terhitung nilainya.
“Zizan Kalau Menyakat Memang Win, Sakit Perut Gelak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kakyanzshop yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 4.8 juta, tanda suka sebanyak 161 ribu dan sebanyak 2,051 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zizan Razak yang menyakat Mua sehingga dia melatah.
@kakyanzshopTengok ler perangai zizan ni bile dah jumpa PS.. Abis laaa..kena sakat je la.. #melatah #melatahviral #viral #zizan #zizanrazak #psmansur #lawak #kelakar #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Zizan Razak sememangnya suka menyakat terutamanya kenalan rapat dengannya. Tambah mereka lagi, pelbagai aksi lucu yang terkeluar ketika MUA tersebut disakat oleh Zizan Razak.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.